Seorang wanita menghembus nafas terakhir ketika menziarahi pusara adik lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Lubok China, di sini, semalam.
Difahamkan, Suhaidzra Abd Zahar, 46, tiba-tiba rebah di tepi kubur arwah sebelum disahkan meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung sekitar jam 10.45 pagi. "Selepas kematian adik lelakinya, Mohd Hairi pada 4 November 2021, Suhaidzra kerap memandu kereta bersendirian dari Seremban 2 ke kampungnya di Lubok China untuk mengunjungi pusara arwah. "Namun, semalam ada saksi melihat dia tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri di tepi pusara adiknya sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lubok China oleh orang awam dan dia kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas," kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu dalam kenyataan semalam.
Tambahnya, anak ketiga dari sembilan beradik itu belum berkahwin dan bekerja di sebuah firma guaman di Seremban 2. "Jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk tindakan lanjut yang mana pegawai perubatan mengesahkan dia meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung. "Siasatan polis juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kematiannya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. Sumber: Harian Metro
|
AbukRokok replied at 10-10-2022 08:22 AM
percaya puncanya sbb terlalu sedih?
terlalu sdihboleh bawak mati onspot secara tiba2? mengarut byk s ...
zehra2: baru 36 thn. adik nya pun meni ...
Goodluckdontcry replied at 10-10-2022 01:39 PM
Bkn 46 ke umurnya?? Sorry den mencelah...
Utk cite ATS..
ADVERTISEMENT