Pelakon Mia Ahmad mengenang momen pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama. Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Mia turut mendedahkan perjalanan hijrahnya turut diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya dari segi pendapatan. Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tetap bersyukur kerana Allah sentiasa memudahkan urusannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istoqomah dalam hijrahnya. Sumber: Media Hiburan
|
chinta89 replied at 10-10-2022 12:24 PM
dia ni kayu btl berlakon. naik nama mas aberlakon hati perempuan ke ape dh nama cte kul 7 tuh. viral ...
doubleA replied at 10-10-2022 03:11 PM
Muka masam monyok ni macam raysha rizrose tu iols tak boleh blah betul raysha berlakon, memek muka ...
ADVERTISEMENT