CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terima Darjah Kebesaran Sarawak, Ismail Sabri Bawa Gelaran Datuk Patinggi

9-10-2022 09:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1011| Komen: 3

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) daripada Kerajaan Negeri Sarawak.


Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam istiadat yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini.


Abdul Taib dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib bergambar dengan Ismail Sabri dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin. FOTO Bernama

Penganugerahan darjah yang membawa gelaran 'Datuk Patinggi' itu adalah sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Abdul Taib.


Turut hadir pada acara yang bermula dari 5.15 hingga 5.30 petang itu ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pimpinan tertinggi negeri.


Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menyampaikan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Patinggi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Lahir Ke-86 Yang Dipertua Negeri Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA

Seramai 846 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib tahun ini.

Bandar raya Miri adalah tuan rumah sambutan Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib yang berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 10-10-2022 01:04 AM
Bini TM ni dulu bukan berisi ke? Ni mcm dah slim sikit
Quote dua_chzy 10-10-2022 01:32 AM
Perawankota replied at 9-10-2022 05:04 PM
Bini TM ni dulu bukan berisi ke? Ni mcm dah slim sikit

Slim banyak dah tu. Jelita pula sheol.
Quote Highflyer19 10-10-2022 08:55 AM
Tahniah...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030755 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top