CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jambatan Kerch Menghubungkan Crimea Dan Russia Terbakar Lepas Trak Meletup

9-10-2022 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1825| Komen: 8

Russia semalam mengesahkan satu letupan trak mencetuskan kebakaran besar dan merosakkan jambatan utama Kerch, yang sebelum ini dibina sebagai satu-satunya hubungan darat Russia dengan Crimea.


Meskipun berikrar untuk mencari siapa bertanggungjawab mendalangi perbuatan itu, negara itu tidak segera menyalahkan Ukraine.

Russia berkata, letupan itu membakar tujuh tangki minyak yang diangkut dengan kereta api dan merobohkan dua lorong kereta di jalan gergasi dan struktur rel itu.


Jambatan Kerch yang menghubungkan Crimea dan Russia terbakar selepas sebuah trak meletup dekat Kerch. - Foto AFP


Rakaman media sosial yang dramatik menunjukkan jambatan itu terbakar dengan beberapa bahagian infrastruktur terjunam ke dalam air.

"Hari ini pada jam 6:07 pagi (waktu tempatan) di tepi tiang trafik jalan jambatan Crimea ...sebuah bom kereta meletup dan membakar tujuh tangki minyak yang dibawa dengan kereta api ke Crimea," lapor agensi berita Russia, memetik kenyataan jawatankuasa keganasan.

Jambatan itu dirasmikan sendiri oleh Presiden Russia, Vladimir Putin, pada 2018, dan menjadi rangkaian pengangkutan penting untuk membawa peralatan ketenteraan kepada askar Russia yang bertempur di Ukraine.

Ia juga sangat penting bagi Kremlin dan Moscow untuk mengekalkan keselamatan persimpangan jambatan itu, walaupun berlaku pertempuran.

Penasihat presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak, sebelum ini memuat naik di Twitter gambar bahagian panjang jambatan itu separuh tenggelam.

"Crimea, jambatan, permulaan. Semua yang haram mesti dimusnahkan dan semua yang dicuri mesti dikembalikan ke Ukraine, semua yang diduduki oleh Russia mesti diusir," katanya.

Agensi berita Russia juga melaporkan, jurucakap Kremlin berkata, Putin turut mengarahkan satu suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat letupan itu.

Jawatankuasa penyiasat Russia sudah membuka siasatan jenayah ke atas letupan itu dan menghantar detektif ke tempat kejadian.

Jawatankuasa itu berkata, sebuah trak meletup di bahagian kereta jambatan Crimea dari sisi Semenanjung Taman dan menyebabkan tujuh tangki bahan diangkut kereta api menuju ke Semenanjung Crimea terbakar dan meruntuhkan dua lorong.

Pegawai di Moscow belum menyalahkan Kyiv, namun seorang pegawai Crimea di Russia menuding jari kepada 'perosak Ukraine' manakala seorang lagi di wilayah Kherson yang berdekatan pula berkata, pembaikan jambatan itu boleh 'mengambil masa dua bulan'.

Jurucakap Kementerian Luar Russia pula berkata, reaksi Kyiv terhadap letupan itu menunjukkan 'sifat pengganas'. 


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 10-10-2022 12:14 AM
Adoi tak abes2 lagi la depa ni sibuk nak berperang
Quote ninja9 10-10-2022 05:24 AM
Quote Dovahkiin 10-10-2022 07:15 AM
Semoga ukraine dapat tawan kembali tanah yang dirampas secara haram oleh rusia.
Quote white_musk 10-10-2022 08:29 AM
Wilayah do Ukraine yang mahu masuk dibawah pemerintahan Russia.
Quote Aliaskotonggo 10-10-2022 08:40 AM
dah bukak balik dah, tentera Russia dah boleh lalu mcm biasa

https://www.dailysabah.com/world ... er-bridge-explosion


Quote Aliaskotonggo 10-10-2022 08:42 AM
Dovahkiin replied at 10-10-2022 07:15 AM
Semoga ukraine dapat tawan kembali tanah yang dirampas secara haram oleh rusia.

padan muka nazi ukraine. depa nak duk bawah russia lah. dulu pernah buat referendum tapi ukraine dan barat tolak

Quote Highflyer19 10-10-2022 09:09 AM
Nanpak mcm tiada penghujungnya...
Quote she 10-10-2022 09:34 AM
Bukan Russia bom pun
Ukraine yang bom sendiri
Siap buat banner lagi
Rakyat meraikan jambatan tu roboh sebelah laluan
Nampak sangat dorang dah tahu apa akan jadi
Dalam banner pun dah siap print jambatan ada letusan bom

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.193960 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top