CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ezurin Tak Kejar Kekayaan, Suka Tengok Wanita Bertambah Jelita Dan Bergaya

9-10-2022 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10620| Komen: 108

“Saya suka pakai skaf, malah setiap kali pergi bercuti saya mesti akan bawanya bersama.”

Demikian dedikasi daripada sosialit dan ikon fesyen terkenal, Ezurin Khyra yang kini tampil melancarkan skaf di bawah jenama E for Ezurin.


Mengambil masa sekitar tiga bulan, Ezurin berkata dia terlibat dalam proses penghasilan sedari awal.


IG Ezurin

“Bagi saya, nampak lebih stail kalau ada skaf sebagai pelengkap gaya. Misalnya kalau pakai jaket, lilit sahaja di leher sudah nampak ‘wow’.

“Sebagai permulaan saya tampilkan 10 rekaan skaf untuk kempen E for All yang diinspirasikan sempena 10 lokasi kegemaran yang saya pernah lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Mulan, Madrid dan Kuching, yang paling istimewa,” katanya kepada MH.


Ditanya mengapa sekarang memilih untuk melancarkan ‘buah tangan istimewa’ kepada peminat dan pencinta skaf, Ezurin akui komitmen dalam soal anak-anak menjadi keutamaan sebelum ini.

“Anak-anak saya sekarang semuanya sudah besar. Kalau dulu, i was a busy mum. Saya mempunyai lima cahaya mata. Anak sulung kini sudah bekerja sementara yang bongsu pula sedang ikuti pengajian tinggi.

“Jadi rasanya kini saya ada ruang masa yang lebih. Jika tidak dulu ketika anak-anak masih kecil, sudah pasti masa itu agak terhad. Saya cenderung untuk selalu pantau mereka dalam pelajaran contohnya. Sekarang ia jadi lebih mudah untuk saya (terokai bidang baharu),” katanya lagi.



Pada masa sama, koleksi skaf eksklusif yang terdiri daripada 10 rekaan corak ini dirasakan mampu memberi impak kepada setiap wanita supaya kelihatan elegan dan berani dalam bergaya.

Ezurin menambah, menerusi kempen E For All, ia tidak hanya terhad kepada wanita muslimah sahaja, sebaliknya setiap wanita tidak kira pangkat, agama, bangsa atau kaum mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan skaf ini.

Lebih istimewa, harganya juga mesra pembeli seiring dengan harapan Ezurin untuk melihat lebih ramai wanita yang bijak menata gaya.

“Saya menceburi bisnes fesyen ini bukan untuk mengejar kekayaan tetapi saya ingin melihat setiap wanita bertambah jelita dan bergaya dengan skaf E For All ini.

“Setiap koleksi E For All dijual pada harga RM29.00 dan boleh didapati dengan 212 stokis berdaftar selain secara dalam talian.



“Saya harap skaf ini akan menjadi satu permulaan baharu kepada setiap wanita untuk menggayakan skaf ini di kepala mengikut cita rasa dan gaya yang anda inginkan,” katanya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 9-10-2022 03:20 PM
Lahhhh dia pun nak jual tudung..
Sape bf baru dia ek?
Haritu gi vacay together kan..
Quote Nenolen 9-10-2022 03:37 PM
meriah corak dan warna scarf E...rege pun marhain...okay ler tu...
Quote Masukkeluar 9-10-2022 03:47 PM
sebijik mcm tudung fazura cuma harga je beza. 27,29.
mana aku tahu? aku tahu sbb si hafiz yg collab dgn faz tu collab jgk dgn minah ni. material kain pn sama. gigih si ezurin ni nk menjual tdung jgk..xkena dgn status dia sexy seksa dan konon terpaling urban kaya raya. Lol.
Quote me12345 9-10-2022 03:49 PM
Tak kejar kaya konon...tapi gigih nk jual tudung marhaien....ko manjang tunjuk posing mcm nk berbogel. Tak phm. Fake
Quote virgocircus 9-10-2022 03:55 PM
Nak jugak. Huhu mcm2 hal
Quote Bulanbaru 9-10-2022 04:04 PM
“ Jika tidak dulu ketika anak-anak masih kecil, sudah pasti masa itu agak terhad.”

Alaaaaa, berderet bibik2 PA anak yg ikut mrk ke sekolah, muzik lah, bolasepak lah, taekwando lah, ni itu. Sampai parents workshop pun bukan sheol yg pi. Datang special assembly pun mcm datang catwalk. Lepas tu macam kaki kena ayak panas balik dah. Harap2 bibik dan PA dibayaq lumayan.
Quote beatgirlX 9-10-2022 04:11 PM
Dia assume tudung square dgn scarf lain kot kegunaannyaa...
Tak paa..memeriahkan suasana...ada laa bnyk pilihan utk rakyat marhean membeli belah
Quote hanihan16 9-10-2022 04:17 PM
tak berani sebut tudung, scarf lilit kat leher katanya. scarf leher bidang 45
Quote naina 9-10-2022 04:26 PM
Rm29. So dia jual kat semua golongan lah.
Quote aechae 9-10-2022 04:37 PM
Masukkeluar replied at 9-10-2022 03:47 PM
sebijik mcm tudung fazura cuma harga je beza. 27,29.
mana aku tahu? aku tahu sbb si hafiz yg collab  ...

Patut dia jual lh lingerie ke, bikini ke…
Bru senang nk promot…

OT sket kim kardashian jual bra senang nk promot
Quote hyie 9-10-2022 04:57 PM
alah takda pics ketet sheols ke? lama tak tengok
Quote guesswho09 9-10-2022 05:01 PM
Nenolen replied at 9-10-2022 03:37 PM
meriah corak dan warna scarf E...rege pun marhain...okay ler tu...

U tgk kat mana?
Quote Afifi82 9-10-2022 05:01 PM
hyie replied at 9-10-2022 03:57 PM
alah takda pics ketet sheols ke? lama tak tengok

Pi je IG dia. Mcm2 ada.
Quote Piramida 9-10-2022 05:03 PM
Mcm ala2 bawal cotton Fazura kan?
Harga pun murah. Tapi shocking colors lah.
Cantik gak.
Quote Piramida 9-10-2022 05:05 PM
Just cam pelik dia suka tunjuk tek dia kat kita viewers ... Mesti dia happy kan tunjuk2 sambil nari2 goyang2 hahahaha
Quote makneng 9-10-2022 05:58 PM
Tak kuasa mak nak beli nenek ketet ni punya scarf. Nanti ada duit lagi banyak lagi galak tayang ketet.
Quote hasniey 9-10-2022 06:49 PM
Owner tudung tunjuk tetek merata alam
Xkan la E dh kurang duit lepas cerai
Quote she 9-10-2022 06:53 PM
Macik ok dia jual scarf
Sebab pemakaian scarf ni tidak terhad pada sesuatu agama bangsa kaum atau gender

Baguslah dia jual scarf dari jual detox kosmetik timbang kilo
Idok ler dia jual benda memudaratkan
Helok apeee
Quote Nenolen 9-10-2022 08:32 PM

tekan link bwh gambar yg tt attached...eforezurin...terus ke IG...dlm artikel tt ada tulis rege scarf rm29.90 kalu tak silap...

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048224 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top