CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Hidung Masih Asli, Saya Tak Ada Buat Muka Berlebihan' - Zara Zya

9-10-2022 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5109| Komen: 20

"Ada duit semuanya boleh buat," kata pelakon dan usahawan, Zara Zya mengenai perubahan pada wajah seseorang selebriti.

Ia susulan hantaran video dan gambar dimuat naik pengguna laman sosial yang membandingkan wajah dulu dan kini beberapa selebriti tanah air, termasuk dirinya.


Harian Metro

Zara, 37, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, tidak menjadi masalah jika ada mana-mana selebriti yang mendapatkan rawatan wajah demi menjaga penampilan mereka.

"Memang betul apabila dah ada duit macam-macam boleh buat. Itu saya setuju. Lagipun zaman dulu tiada 'filter', sekarang dah banyak. Mahu mendapatkan 'filter' pun kena menggunakan telefon bimbit mahal.


"Lagi satu, macam dulu tidak banyak klinik estetik yang mahu menaja dalam memberikan rawatan muka. Sekarang, ada banyak termasuk rawatan laser dan sebagainya. Jadi, berbanding sekarang semuanya ada dan mudah. Bagi saya selebriti memang perlukan itu, kenapa tidak kan? Tak ada masalah pun," katanya kepada Harian Metro.


IG Zara

Terdahulu, Zara yang popular menerusi drama Risik Pada Hati ditemui pada Majlis Pengumuman Kerjasama antara Zara Zya dan Syarikat Gold Sand Empire Sdn Bhd dalam menghasilkan produk kesihatan wanita, Pasima, di sini, hari ini.

Menurut Zara, dia juga tidak ada masalah jika ada mana-mana pihak membandingkan wajahnya yang dulu dan sekarang.

"Secara peribadi saya tak ada masalah jika orang nak tunjuk dan buat perbandingan wajah dulu saya dan sekarang. Dari segi umur memang jauh berbeza. Lagi pun saya tak ada buat muka berlebihan macam buat hidung, sebab hidung saya masih asli.

"Kalau cucuk atau ambil suntikan pun ia untuk kesihatan kulit. Ini kerana selebriti memang bersolek hampir setiap hari, jadi muka akan naik jerawat dan jeragat. Jadi perlukan suntikan vitamin," katanya.


IG Zara

Mengenai kerjasama yang terjalin, Zara berkata, dia mengambil masa lama untuk memberikan persetujuan kerana mahu melihat dan mencuba sendiri kandungan produk itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 9-10-2022 03:04 PM
Edited by Hoshhi at 9-10-2022 03:12 PM

Kau bukan cantik pun kalau cucuk banyak macam mana pun. Makeup tebal macam spesies amyra rosli. Nasib baik lah kau ada bakat kalau tak kelaut dalam lah kau zara
Quote Perawankota 9-10-2022 06:03 PM
Gigi jer yang buat mcm mentos kan
Quote dudaberhias 9-10-2022 06:28 PM
masalahnya ko tak cantik pun dikkkk jadi orang tak heran pun ko buat plastic surgery ke tidak...
Quote kmbg 9-10-2022 06:33 PM
Perawankota replied at 9-10-2022 06:03 PM
Gigi jer yang buat mcm mentos kan

Gigi chiclet.haha chewing gum tu pun da pupus
Quote Perawankota 9-10-2022 06:39 PM
kmbg replied at 9-10-2022 06:33 PM
Gigi chiclet.haha chewing gum tu pun da pupus

Hahaha.. Tau tau tau... Zaman budak2..
Quote MadameOnion 9-10-2022 09:33 PM
Tapi aku suka je tengok dia ni..manis je muka melayu asli
Quote AcikBuncit 9-10-2022 11:29 PM
Tak buat muka berlebihan.. Mknenya dia ada buat juga ke. Tang mana? Nk suntik vit tu xpela kot, laser bagai. Tu normal. Yang over kalau ubah terus struktur muka..
Quote Acikgomen 9-10-2022 11:38 PM
Hoshhi replied at 9-10-2022 03:04 PM
Kau bukan cantik pun kalau cucuk banyak macam mana pun. Makeup tebal macam spesies amyra rosli. Nasi ...

Ko biar betoi ziahhhhhhh ada bakat hape
Quote susukambingbest 9-10-2022 11:47 PM
iol sorng je ke yg minat si ziah ni belakon
Quote ReginaGeorge 9-10-2022 11:47 PM
X byk pon zara keba repai. First buat la rhino. Tebal sangat hidung asli tu. Dari jarak 10km pon masih terlihat. Takyah la buat mancung bak barbie. Kedua, cabut la gigi tampal tu.. Nampak gigi tebal sangat, putih bak kertas lak tu. Buat je whitening setahun sekali. Tu je kena repair klu zara ni. Lain la janna..
Quote supernaturalee 10-10-2022 08:17 AM
ReginaGeorge replied at 9-10-2022 11:47 PM
X byk pon zara keba repai. First buat la rhino. Tebal sangat hidung asli tu. Dari jarak 10km pon mas ...

Wahhh
Burn book ke ni


Quote hayrin86 10-10-2022 09:18 AM
Tak perlu botox pun tak apa..
Quote sayawifenikmie 10-10-2022 10:37 AM
dia ni takder lah tak cantik
tapi bukan cantik juga
biasa biasa2 jer

below par
Quote casper2022 10-10-2022 03:58 PM
dah elok dh tu
Quote prince_marhaen 11-10-2022 10:03 AM
GIGI TETAP MENTOSSSSSS!!!
Quote chocobozhere 11-10-2022 10:54 AM
Dia sejenis ye tak huduh tapi tidak lah lawa sangat juga...... Tp lawa dari aku lah for sure.. Hidung dia pun elok je. Haha
Quote maslo 11-10-2022 10:55 AM
dudaberhias replied at 9-10-2022 06:28 PM
masalahnya ko tak cantik pun dikkkk jadi orang tak heran pun ko buat plastic surgery ke tidak...

ehhh.... x baik kecam dia tau...
Quote aina_shaira 11-10-2022 02:30 PM
ReginaGeorge replied at 9-10-2022 11:47 PM
X byk pon zara keba repai. First buat la rhino. Tebal sangat hidung asli tu. Dari jarak 10km pon mas ...

Nape ngan Jana? Janna nick kan? Cantik je dia
Quote dekmieDandy 12-10-2022 11:42 AM
walapun dia ni dah lama dalam industry, tapi aku tahu satu je cerita dia

yang berlakon jadi isteri Ajak tu

yang lain tak tahu pun

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043685 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top