CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kaka Azraff Berangan Nak Menyanyi Di AS

9-10-2022 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 747| Komen: 1

Setiap artis mempunyai impian dan misi tersendiri dalam bidang seni tidak terkecuali buat penyanyi Kaka Azraff, 33.

Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, meletakkan harapan tinggi setiap lagu yang disampaikan diterima peminat muzik seterusnya diangkat bertanding ke peringkat saingan berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Industri Muzik.

Seiring lagu nyanyiannya Kaka yang baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Hilang bulan lalu, turut bercita-cita besar menyanyikan lagu Melayu di hadapan iklan gergasi Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).


IG Kaka


Lebih menyuntik semangat ibu kepada dua cahaya mata yang berasal dari Klang, Selangor ini apabila wajahnya menghiasi papan iklan gergasi terbabit sempena kempen EQUAL oleh Spotify.

Kaka mengakui tidak pernah berhenti berangan dapat membuat persembahan di AS suatu hari nanti. Cita-cita besarnya adalah menyanyikan lagu Melayu di hadapan lokasi ikonik itu.

"Berangan itu percuma dan tidak salah. Siapa tahu, suatu hari nanti berpeluang beraksi di sana. Kalau artis dari Asia lain pun sudah merealisasikannya, pasti kita boleh juga.

"Saya bayangkan saya akan nyanyikan lagu sendiri dalam bahasa Melayu. Pastinya satu kebanggaan dapat berkongsi bahasa kita di depan khalayak di sana," kata Kaka yang kembali aktif semula dalam kerjaya seni, namun pada masa sama pentingkan keseimbangan antara kerja dan masa peribadi bersama keluarga.

"Sekarang pasukan saya Warner Music Malaysia rancak promosikan Hilang. Sambutannya agak perlahan sedikit berbanding lagu terdahulu, tapi harapnya mampu ke pentas berprestij seperti AJL.

"Saya berazam terus rancakkan karier muzik sambil meluangkan masa sebaiknya bersama dua anak lelaki saya. Alhamdulillah, sesibuk mana pun sekarang, masa saya bersama mereka masih cukup," katanya.



Selain Kaka, wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Aina Abdul, Dolla, Aisha Retno dan Vanessa Reynauld juga pernah terpampang di papan iklan gergasi terbabit.

Menurut Kaka, impian itu diidamkannya sejak melihat rakan seperjuangan seperti Yuna dan Dolla turut menghiasi papan iklan ikonik terbabit sebelum ini.

"Rasa macam tak percaya sangat. Bila melihat pencapaian itu, ia membakar lagi semangat saya untuk memberikan lebih usaha dalam kerjaya seni.

"Saya juga pernah cakap dengan suami, perihal begini yang sebenarnya membuatkan saya enggan mengalah. Saya bukan nak banggakan diri semata-mata, tapi banggakan satu Malaysia," katanya.

Perjalanan seni Kaka bermula ketika dirinya masih muda dengan mempelajari selok-belok industri muzik sejak kecil. Debut pertamanya bersama pelawak, hos TV dan penyanyi popular, Zizan Razak sudah melonjakkan namanya. Single keduanya berjudul 'Bukan Hal Aku' meraih jumlah tontonan sebanyak 10 juta sejak dilancarkan.

Selain itu, Kaka juga terjun dalam bidang lakonan kerana bakat semula jadi yang dimilikinya. 

Manakala pencapaian tertingginya dalam bidang muzik adalah dinobatkan sebagai juara AJL ke-35 menerusi lagu Gila bersama rapper Noki dan Loca B.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnakarinna 9-10-2022 01:50 PM
Bagi iols, suara dia sedap sgt.. Pitch suara dia boleh nyanyi tinggi tp sbb genre yg dia pilih orang tak tau suara dia power..

Teknik vocal mantap ok.. Stamina tinggi takde pancit2 dan iols suka vibrato dia. Dia pandai control suara.

Sayang dia ni.. ramai yg underestimate.. Dan dia pun low profile takde gossip lebih2.. So takde publisiti sgt org nak sebut2.. Dan lagu2 dia pun biasa je..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.035294 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top