CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Lemak Akhir Zaman Tak Cukup Sifat

9-10-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4063| Komen: 42

Salah satu menu paling popular dalam kalangan masyarakat kita sering mendapat komen negatif sejak kebelakangan ini.

Terbaru, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok setelah melihat nasi lemak dibelinya.


TikTok

Menurut Khairi Amsyar, makanan tersebut yang dianggap sedikit itu dibeli pada harga RM2.50 di sebuah kedai terletak di Behrang, Perak.

Khairi juga melabelkan makanannya ini sebagai 'nasi lemak akhir zaman' setelah membuka bungkusan kerana berpandangan ia 'tidak cukup sifat’.


Menerusi video berdurasi 17 saat yang dimuat naik, nasi lemak bersaiz kecil bersama sambal itu hanya mempunyai tiga biji kacang tanah.




Malah, hidangan tersebut tidak disertakan telur, hirisan timun atau ikan bilis goreng seperti kelaziman nasi lemak yang dijual.

Meskipun dibeli dengan harga yang murah, lelaki ini tetap berasa kecewa melihat isi dalam nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang dan surat khabar itu.

Semakan mStar mendapati di ruangan komen video tular itu, orang ramai turut berkongsi pendapat yang sama.

“Tiga biji saja kacang. Baik tak payah letak.

“RM1 ke RM1.50 ke boleh terima lagi. Kalau RM2.50 macam ni memang nak pergi Colombia balik harilah cerita dia.

“Betul. Sekarang nasi lemak kebanyakan ada sambal saja lepas tu ikan bilis tiga ekor. Sekurang-kurangnnya letaklah telur rebus. Walaupun nipisnya sampai dipotong lapan,” ujar netizen di ruangan komen.



Dalam pada itu, netizen turut menyatakan harga dikenakan iaitu RM2.50 adalah tidak berpatutan apabila melihat sendiri 'rupa' nasi lemak yang dibeli.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah warga maya yang berselera dan terliur melihat sambal nasi lemak itu kerana kelihatan sedap.

Ada juga sesetengah warganet bersetuju dengan harga dibeli Khairi kerana memahami kos bahan mentah semakin mahal dan peniaga terpaksa menanggungnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 9-10-2022 12:55 PM
So brp harga yg sesuai...50 sen?
Quote harkktuih 9-10-2022 12:58 PM
Rega 2.50 tu kalau kat setapak boleh dapat tambah telur mata lg
Quote ChildrenOfBodom 9-10-2022 01:03 PM
Harga melayu lagi dahsyat dari harga yahudi...Kt tmpt aku rm1.20 pon lebih cukup sifat.
Quote hyie 9-10-2022 01:06 PM
tak faham apa yang merugikan kalau dia jual rm 1 letak telur timun kacang bilis ke apa semua tu. Bukannya tak balik modal pon. Terpaling acah sangat
Quote zehra2 9-10-2022 02:31 PM
kat sini yg cukuo sifat sebungkus RM1.50 tp 4x suap, abis..
sambal sedap. cili  tak pedas tu mahal kot
Quote Minami2013 9-10-2022 02:45 PM
I ok je nasi lemak rm2 utk portion nasi cuma 3,4 suap asalkan cukup sifat. Kdg2 craving je nk rase. Cukup sifat maksudnya nasi berase lemak nya, ada sambal, ada ikan bilis, ada kacang, ada timun dan telur rebus walau dibelah 6 pun.. asal kan ada.
Quote ezacbee 9-10-2022 03:07 PM
Klo aku berniaga nasi lemak suruh pelanggan yg amik sendiri. Senang.
Quote ninja9 9-10-2022 03:11 PM
nasi lemak akhir zaman... kelakar pulak
Quote dewimalam78 9-10-2022 03:14 PM
Minami2013 replied at 9-10-2022 02:45 PM
I ok je nasi lemak rm2 utk portion nasi cuma 3,4 suap asalkan cukup sifat. Kdg2 craving je nk rase.  ...

Betul. Ai jenis makan nasi pemak sikit. Kalau portion sikit tp lengkap, lepas dah mengidam makan ns lemak tu
Quote monreyes 9-10-2022 03:25 PM
aku byr harga sama utk nasi lemak no kacang no bilis no timun..x pernah pun ada diskaun

.

Quote imanjannah 9-10-2022 03:38 PM
beli kat kajang ni, nasi lemak rm2. 50 telur goreng  sebiji nasi banyak, sambal pun byk, telur rebus 1/4..mmg ntah2 apa2 la klu rm2.50 gitu, behrang pulak tu
Quote zjen 9-10-2022 04:55 PM
just saiz sakan kuih putu piring    but nasi lemak mmg leceh kalo nak masak sendiri,  dulu mak iols bila  mood dia rasa nak buat baru buat  ...  see la,  mebi next week iols try buat nasi lemak cara baru
Quote bakingsoda 9-10-2022 05:17 PM
nasi + sambal + timun + telur tu rasanya habis basic yg layak dipanggil nasi lemak. kalau ada tambahan kacang + ikan bilis alhamdulillah
Quote hotmak 9-10-2022 05:23 PM
telur tak letak sebab telur takde di pasaran kot
Quote Thunderclouds 9-10-2022 06:41 PM
bakingsoda replied at 9-10-2022 05:17 PM
nasi + sambal + timun + telur tu rasanya habis basic yg layak dipanggil nasi lemak. kalau ada tambah ...

Yer. Betul tu. Kalo nasib baik ada jumpa sisa2 bilis dlm sambal ada kedai lg haru sambal yg ada bilis dia jual harga asing
Quote redz85 9-10-2022 06:47 PM
lada kering, bawang, ikan bilis, telur, kacang tanah, santan,mahal sekarang.. rm 2.50 kira ok lah.. janji sedap
Quote Thunderclouds 9-10-2022 06:47 PM
Pokok pangkal kuasa membeli tu kt tgn kita. Brg dia,duit kita. Rata2 ns lemak la ni mmg xcukop sifat mcm jaman dulu dh. Nk puas hati masak sendri. Kalo dh mahal,rupa pn dh xmcm ns lemak ko pegi beli patu ko jugak yg meroyan there's something wrong with u.
Quote lattehazelnut 9-10-2022 06:49 PM
Edited by lattehazelnut at 9-10-2022 06:50 PM

Untung brp sen je diorg ni..
Sbb dia cakap kedai kan bukan gerai tepi jalan..
Kedai kopitiam charge belas2 ringgit nasi lemak ayam goreng..
Serai or restoran ala2 baba nyonya 29+ dgn ayam seketul je..
Quote spankee_fili 9-10-2022 07:27 PM
Opis iols ada yg jual nasik lemak rm2.50
Cukup sifat nasi lemak, sambal bilis, kacang & telur mata
Semoga dimurahkan rezeki mereka
Kes yg harga yahudi ni, tak ambik pengajaran masa covid takleh meniaga agaknya
Tapi mana ada orang kita pandai boikot, yg asam pedas biadap tu makin mencurah rezeki lepas viral

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.835401 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top