CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Dan Suami Hilang, Mayat Jutawan Wanita Laos Disumbat Dalam Beg Baju

9-10-2022 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2453| Komen: 17

Mayat seorang wanita yang ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian di Sungai Mekong, wilayah Nakhon Phanom pada minggu lalu dikenal pasti sebagai pemilik sebuah syarikat dan jutawan dari Laos, lapor laman berita Thaiger kelmarin. 


Polis Thailand cuba mengenal pasti identiti wanita itu daripada pakaian berjenama yang dipakainya. Mayat itu dihantar ke Hospital Srinagarind, wilayah Khin Kaen untuk bedah siasat. 


Polis menemui mayat Wipaporn di dalam sebuah bagasi yang terapung di Sungai Mekong. - Siam Pracha

Seorang saudara kepada mangsa kemudian tampil dan mengesahkan bahawa wanita itu bernama Wipaporn dan berusia 40 tahun.


Sudara wanita itu kemudian menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk membuktikan kesahihan hubungan mereka.

Wipaporn didakwa merupakan ketua eksekutif salah satu syarikat pembinaan terbesar di wilayah Vientiane, Laos.

Dia dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan sebanyak dua kali dan mempunyai empat orang anak. Anak perempuannya yang berusia lima tahun dan suami terbaharunya juga dilaporkan hilang.

Media Laos melaporkan bahawa kereta Mercedez-Benze milik Wipaporn ditinggalkan berhampiran tebing Sungai Mekong di Laos.

Polis Thailand memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat kes itu dan menyerahkan semua bukti yang dikumpulkan kepada polis Laos untuk siasatan dan pendakwaan lanjut.

Superintendan Balai Polis That Phanom di wilayah Nakhon Phanom, Tawin Kankate melaporkan bahawa saudara kepada mangsa ingin mengadakan upacara pengebumian di Thailand.

Mayat Wipaporn kini berada di tanah perkuburan sebuah yayasan amal di bandar Mukdahan. Upacara pengebumian akan berlangsung selepas siasatan selesai. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamijarum06 9-10-2022 12:16 PM
Scary bethol dunia skrg. Makin byk pulak kes pelik2
Quote Belibis 9-10-2022 03:20 PM
Banyak betul nama yang bunyi sukaporn..[em:22:]
Quote musangbodoh 9-10-2022 03:21 PM
polisi polis thai mmg kelaut
Quote noor2 9-10-2022 03:24 PM
Kejam gila....

Ke angkara suami baru?
Quote Nenolen 9-10-2022 03:25 PM
Allahu...senang sungguh la nie bunuh orang...ngeri tgk bag hitam cam tu...
Quote becir 9-10-2022 03:49 PM
noor2 replied at 9-10-2022 03:24 PM
Kejam gila....

Ke angkara suami baru?

Bunyiknya cam gitu kan..
Quote she 9-10-2022 03:53 PM
Owhh ni yang pakai jeans Lee Cooper tu kan
Kesian dia
Dapat somi tagune

Tapi entah2 somi dengan anaknya pun ada dalam sungai
Siapa tahu
Quote sukacactus 9-10-2022 04:00 PM
Ini yg dikatakan dlm beg dgn pakaian jenama mewah tu ke (gucci je pun yg up skit)
Brand lain tu biasa2 je pun even jutawan si mati ni
Quote ezacbee 9-10-2022 06:12 PM
Muat tu masukkan mayat. Mesti dah kerat2. Cam bangla kerat kawan sendiri pastu letak beg tepi jalan.


Quote ninja9 9-10-2022 06:17 PM
Edited by ninja9 at 9-10-2022 06:18 PM

aku takut keberanian orang untuk melakukan jenayah spt ini tular ke malaysia. aku takut ianya mungkin berlaku disebabkan oleh desakan ekonomi yang melibatkan puluhan ribu keluarga....

semoga pemimpin2 kita mengerti tengan ini dan jangalah terlalu bodoh mahu menafikannya boleh berlaku dimalaysia kerana kononnya alasan polis kita lebih hebat dari polis laos...
Quote Page88 9-10-2022 06:40 PM
Rest In Peace.
Quote Belibis 9-10-2022 07:12 PM
sukacactus: Ini yg dikatakan dlm beg dgn p ...

Jean lee cooper dianggap 'berjenama'??.
Quote insulin 9-10-2022 07:16 PM
Tu dia. Kejam tak kejamnya orang Laos.
Quote CiliPadiSedap 9-10-2022 09:04 PM
Belibis replied at 9-10-2022 03:20 PM
Banyak betul nama yang bunyi sukaporn..[em:22:]

sukaporn kalau direct translate bermaksud suka semaikan kasih sayang. kalau dalam nama khas atau abjektif bermaksud seorang penyayang kaka dulu selalu tengok cerita bawang putih bawang holland jadi tahu sikit2 bahasa asing
Quote CiliPadiSedap 9-10-2022 09:07 PM
ezacbee replied at 9-10-2022 06:12 PM
Muat tu masukkan mayat. Mesti dah kerat2. Cam bangla kerat kawan sendiri pastu letak beg tepi jalan. ...

bangla tu scary demi rm 22 ribu. sial punya  bangla. cmne tergamak buat cmtu.

bagi kaka dia orang dh biasa jenayah dekat negara dia orang lari negara orang. rekod mesti ada kat balai polis dhaka bangladesh kari prapura
Quote None68 9-10-2022 09:08 PM
Hui ngeri mcm ni..
Quote hareeeesah 9-10-2022 09:09 PM
kalau tokey timbang kilo tiba-tiba kaya suka show off xamik pengajaran dr kes lately ni xtau la…
Yg azi kena kidnap muka lain benor tu sure sujud syukur sikit lg dia pun nk kena masuk laos kn…

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038621 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top