CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

KKOM Terbaik! A. Aida Gembira Dengan Bajet 2023

9-10-2022 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 822| Komen: 3

Penerbit terkenal, Datuk A Aida berterima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOM) atas peruntukan RM177 juta untuk sektor kreatif pada pengumuman Bajet 2023.


A Aida yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Timbalan Presiden Persatuan Penerbit TV berkata, peruntukan itu lebih baik dari tahun sebelumnya selain membawa khabar gembira buat penggiat seni.


MalaysiaKini

"Semalam (Jumaat) adalah hari gembira buat seluruh penggiat seni atas usaha kerajaan memperuntukkan Dana RM50 juta untuk Dana Khas Kandungan Kreatif Kenegaraan (Dekan). Saya percaya ini mampu memberi galakan dan semangat untuk pengkarya memperbanyakkan lagi pembikinan karya, khususnya berkaitan sejarah negara.


"Begitu juga dengan adanya peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM102 juta yang pastinya ditunggu-tunggu seluruh anak seni. Sedikit sebanyak ia dapat melahirkan lebih banyak pengkarya baru dengan idea dan karya berkualiti," katanya kepada Harian Metro.

Menurut A Aida yang juga Pengarah Urusan A Aida Productions, pengumuman pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran sesuatu yang cukup menggembirakan.

"Jika tahun lalu diberikan pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan, tapi tahun ini kerajaan beri lebih besar. Bagi mereka yang terbabit dalam bidang ini, pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran sesuatu yang cukup menggembirakan sangat membantu dalam merancakkan lagi sektor penerbitan," katanya.

Selain itu, pengumuman Bajet 2023 juga menyaksikan potongan cukai bagi sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Finas.

Dalam masa sama, kerajaan turut mengumumkan 80 peratus caruman ditanggung kerajaan bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk penggiat seni Finas yang hanya perlu membayar 20 peratus caruman saja.

"Sekali lagi saya mewakili seluruh ahli PTVM dan penggiat seni merakamkan jutaan terima kasih atas inisiatif terbaik daripada KKOM dan menterinya, Tan Sri Annuar Musa," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 9-10-2022 02:58 PM
Lain btl muka dulu n skrg
Quote AWEKSAMURAI 9-10-2022 03:05 PM
Maka buat lah drama menjilat kerajaan banyak2 mundur mkin mundur lah industry...dkt india citer Tamil ,telugu,malayalam pun dh x berminat buat movie jilat kerajaan ,movie cintam cintun... Korea pun movie dorang superb.... Korang masih lah buat drama menantu perang dgn mertua sampai mampos
Quote AWEKSAMURAI 9-10-2022 03:05 PM
Dana tu korang je sauk ... Artis , ank2 seni bwh ni xde apa pun...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.250710 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top