CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Stadium Kanjuruhan: Hanya 2 Pintu Kecemasan Dibuka, Kenapa Yang Lain Berkunci?

9-10-2022 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 994| Komen: 2

CNN Indonesia semalam melaporkan hanya dua daripada lapan pintu kecemasan di Stadium Kanjuruhan, Malang dibuka semasa insiden rempuhan yang mengorbankan 131 orang pada 1 Oktober lalu.


Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Republik Indonesia (Polri), Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo berkata, dua pintu kecemasan yang dibuka hanya digunakan untuk pertukaran pemain dan pegawai kelab Persebaya Surabaya.


Foto: AFP

“Hanya dua daripada lapan pintu kecemasan dibuka iaitu hanya digunakan untuk pemindahan pemain kelab Persebaya Surabaya.

“Enam lagi ditutup, berkunci dan tidak boleh digunakan,” katanya.


Menurutnya, insiden itu berlaku kerana kecuaian pihak penganjur yang tidak menyediakan pelan kecemasan semasa perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.

“Jawatankuasa eksekutif (panpel) dan Presiden Pengarah Liga Indonesia Baru (PT LIB) tidak melakukan audit kecemasan,” tambahnya.

Polis sebelum ini telah mengeluarkan nama enam suspek utama bagi tragedi rempuhan itu yang dibahagikan kepada tiga orang awam dan tiga pegawai polis termasuk Presiden Pengarah Liga Bola Sepak Indonesia (PT LIB), Akhmad Hadian Lukita.

Selain itu, seramai 20 anggota polis turut disyaki melanggar kod etika semasa menjalankan tugas keselamatan. Antara yang terlibat termasuk enam anggota Polis Malang dan 14 anggota Polis Daerah Jawa Timur. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 9-10-2022 11:23 AM
Penonton buas, pegurusan stadium caprut, polis suka2 hati main gas air mata..

Resipi yg baik utk malapetaka
Quote shernazz 9-10-2022 11:50 AM
Caprut sangat...
Segalanya nak dirusuh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.328547 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top