CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya Akan Jadikan Lakonan Sebagai Hobi, Lepaskan Rindu Peminat

9-10-2022 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1484| Komen: 7

Zara Zya tetap kental dalam usahanya untuk terus bergelar usahawan dan tampil dengan produk baharu biarpun pernah 'jatuh'.

“Awal terlibat dalam perniagaan dahulu saya fikirkan jumlah pengikut di media sosial sudah cukup untuk membantu, namun sekarang saya sedar perlu ada pasukan hebat dalam untuk sama-sama bekerja. Jadi setiap orang ada peranan masing-masing.

“Saya sudah melalui untung rugi dan pernah ditipu. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berniaga. Memang ada rasa putus asa sekejap, bagaiamanapun apabila bangkit saya sedar perlu lakukan sesuatu.


IG Zara


“Bagi saya sampai bila hendak berlakon kerana perjalanan dalam industri seni di Malaysia ini singkat. Disebabkan itu saya perlu ada perniagaan sendiri,” kata pemilik nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, itu kepada mStar.

Zara ditemui ketika majlis pelancaran produk minuman kesihatan jenama Pasima yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Produk tersebut merupakan kerjasama antara Zara dengan syarikat Gold Sand Empire Sdn Bhd yang mana ia bertujuan membantu wanita mendapatkan tenaga selain mengelakkan masalah dalaman.

Sebagai seorang yang dikenali, Zara sedar namanya akan menjadi sasaran mana-mana pihak yang sentiasa mencari kesalahan setiap kali seorang selebriti tampil dengan produk baharu.

“Semestinya saya sudah bersedia apabila ada orang mahu mencari kesalahan apabila produk ini mula digunakan nanti. Orang mahu tahu hasil penggunaannya selain bahan-bahan digunakan.

“Saya tidak takut dengan semua itu kerana sebelum ini pernah mencuba sendiri dan dapat merasakan kesan baiknya. Selain itu pasukan dalam perniagaan ini juga sentiasa peka untuk berdepan dengan situasi sedemikian,” jelasnya.

Dalam masa sama, Zara juga memberitahu penglibatan dalam dunia perniagaan bukanlah bermaksud dia mahu memperlahankan kerjaya seni.


IG Zara

Bagi Zara apa yang dilakukan sekarang ini adalah satu perancangan terbaik untuk masa depan supaya namanya kekal relevan dalam kalangan peminat.

“Tak pernah fikir pun untuk berhenti atau perlahankan kerjaya seni. Tetapi mungkin apabila usia sudah meningkat nanti saya hanya jadikan lakonan sebagai hobi atau melepaskan rindu peminat.

“Sekarang ini rasanya saya sudah punya ‘brand’ yang cukup baik sebagai seorang Zara Zya. apa yang perlu dilakukan adalah untuk jaga nama baik dan kekal bertahan,” ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 9-10-2022 11:23 AM
Nak jual mknan boleh tp elakkan la kalau boleh jual mknan kesihatan.. Takut nk beli kalau bab2 msuk bdan ni.claim sihat la, putih la, slim la.. Last2 rosak buah pinggang... Jual je bubblebee tu untung dh..
Quote codenamedream 9-10-2022 11:43 AM
Gold Sand Empire.



SSKJP sangatt
Quote adelea 9-10-2022 12:37 PM
Lohhhh ogher pasir mahh kaaaa
Quote virgocircus 9-10-2022 12:41 PM
Aduii xde produk lain ke sis? Kesian buah pinggang nak kena kerja keras tau x!
Quote Perawankota 9-10-2022 06:11 PM
Jual produk kesihatan pastu over claimed... Berniaga lah mende lain
Quote shernazz 10-10-2022 07:27 AM
Pasni orang parit jawa boleh guna
Java canal empire
Quote supernaturalee 10-10-2022 07:49 AM
Gmbr 1st nmpk mcm vee
Gmbr 2nd mcm syura

Anyway all the best

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.031242 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top