Selepas beberapa bulan penantian, malam ini merupakan kemuncak Miss Universe Malaysia 2022 yang ditunggu-tunggu buat seluruh peminat dunia ratu cantik. Di antara 13 finalis yang bertanding pada mulanya, hanya 8 orang berjaya mara ke peringkat seterusnya.
Jom kita lihat dulu profil 13 orang peserta Miss Universe Malaysia 2022 yang bertanding pada malam ini. AJUNEE ASHA BUGANNA CLARISSA JINGLE JOANN KEVERRNA KATE LESLEY SIU JANE THEVA VARYNE WAN YING Antara nama yang sering disebut-sebut akan memberikan saingan sengit termasuklah gadis kelahiran Kuala Lumpur, Ajunee Kaur, Wong Siu Jane dari Selangor, Annatasha Shantu "Asha" Jeremiah dari Sabah dan juga wakil Sarawak, Joann Tiong Hau Ping.
Namun keputusan akhir yang membawa gelaran Miss Malaysia 2022 berpihak kepada Lesley Cheam, gadis berusia 26 tahun yang merupakan seorang graduan Farmaseutikal dan Sains Kesihatan dari Universiti Nottingham. Peserta kegemaran ramai, Ajunee Kaur pula di tempat kedua manakala Wan Ying pula di tempat ketiga.
Pertandingan akhir Miss Universe Malaysia 2022 ini
diadili oleh pereka fesyen terkenal Rizma Nordin daripada Rizman
Ruzaini, Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon, Dr Karen Po, Penata
Gaya Fesyen, Andrea Wong, Don Teo, dan Pengasas Makeup Miracle Academy,
Kenny Yee. Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menonton malam yang dinanti-nantikan itu kerana tiada siaran Live disediakan? Tidak dapat dipastikan pula kenapa penganjur tidak membuat siaran Live untuk tontonan peminat. Untuk info, pertandingan Miss Universe 2022 dijangka akan berlangsung pada Januari 2023 di New Orleans, Amerika Syarikat. Tahniah buat Lesley, Miss Universe Malaysia 2022 yang akan menjadi wakil Malaysia di pentas antarabangsa nanti. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|