CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sama Panjang Bas Sekolah, Wanita Berhenti Potong Kuku Lepas Kematian Anak

7-10-2022 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2478| Komen: 19

Wanita dengan kuku tangan paling panjang di dunia, Diana Armstrong, 64, mendedahkan punca dia berhenti memotong kuku disebabkan kematian anak perempuannya, lapor portal berita MailOnline semalam.


Menurut Armstrong, anaknya, Latisha meninggal dunia semasa tidur akibat serangan asma semasa berusia 16 tahun.


New York Post/Guinness World Records

Mendiang ialah individu yang bertanggungjawab merias kuku Armstrong setiap hujung minggu dan selepas kematiannya, wanita itu bersumpah tidak akan memotong kuku tangan lagi.

Kali terakhir Armstrong memotong kuku tangannya adalah pada tahun 1997.


Kuku tangan wanita ini berukuran 13 meter yang bersamaan panjang sebuah bas sekolah.

“Ini adalah cara bagaimana saya mengenang Latisha selepas dia meninggalkan saya secara tiba-tiba.

“Hanya dia sahaja yang tahu bagaimana mahu merias kuku saya dengan baik dan saya mahu sentuhan kali terakhirnya pada kuku saya tidak hilang,” katanya.

Menurut Armstrong, sejak memiliki kuku panjang, dia terpaksa melupakan hasrat memandu kenderaan, pergi ke tandas awam dan sering bergelut untuk menarik zip pakaian. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 8-10-2022 09:02 AM
I would never stop cutting my nails. Too long is not good.
Quote orangbiasaje 8-10-2022 09:53 AM
Tak cuci tangan ke? Takut banyak kuman bawah kuku.
Quote margo20 8-10-2022 09:59 AM
Igtkan anak dia sorg je rupanya ade yg lain kesian yg lain tu tak dianggap anak
Quote whimsicalmusic 8-10-2022 10:09 AM
Mcm mne die pakai baju? Tgk mcm byk baju kelawar die pakai
Quote _blackbird 8-10-2022 10:25 AM
aku lagi musykil mcm mana dia bela kuku dia tak patah. kuku aku baru panjang 5mm kdg2 pon patah
Quote green~tea 8-10-2022 10:33 AM
Orang camni kena paham... dunia ni pinjaman... kena la move on
Quote Sazreena 8-10-2022 01:58 PM
Cane la ko selet qubul dan dubur..kot guna bidet senang la sket. Ni soheh men order makan..ngan kuku centu cane nak masak.
Quote Decaffeinated 8-10-2022 02:40 PM
aku salahkan Guiness yang memberi semangat untuk orang gila macam ni kekal gila



Quote naina 8-10-2022 02:42 PM
Rambut pun camtu kuku pun tak pernah potong. Menyusahkan diri je
Quote casper2022 8-10-2022 04:01 PM
klau gatal tu mcm mn nk garu
Quote batmana 8-10-2022 04:32 PM
diri sendiri gila, salah kn kematian anak plak?

Quote kucing_gebu 9-10-2022 12:25 AM
Eiiii...mcm busuk je kuku tu
Quote Highflyer19 9-10-2022 02:01 AM
Kalau serombong dah penuh jiran tolong korekkan ke mcmana…
Quote orkidorkido 9-10-2022 04:04 AM
Aduhh susah la hidup kuku panjang macam tu
Quote sharlenetexas 9-10-2022 04:25 AM
Kembang tekak.


Quote Mamijarum06 9-10-2022 08:43 AM
Ewwww gelinya [em:8:]
Quote Mulotkoyak 9-10-2022 09:22 AM
Nk berak cmne?  Masak?  Mndi wajib?  Hehehe
Quote lolipopi 9-10-2022 04:33 PM
Ini termasuk ciri mental illness jugakkan....Merenggg maybe?
Quote makneng 9-10-2022 06:02 PM
Sape suap kan dia makan? Onggaji? Yang tidak2 je macik ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.036155 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top