CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Baru Ambil ‘Ubat Kuat’ Berlebihan Maut Ketika Bulan Madu

7-10-2022 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4630| Komen: 58

Sepasang suami isteri ditemukan maut akibat pengambilan bahan rangsangan seks secara berlebihan di dalam bilik hotel di Karanganyar, Jawa Tengah.

Lapor Kompas.com, pasangan suami isteri itu merupakan pengantin baharu yang sedang menikmati bulan madu.

Jenazah pasangan itu ditemukan oleh penyambut tetamu hotel berkenaan pada Isnin lalu pada pukul 6 petang waktu tempatan selepas mendapati mereka masih belum mendaftar keluar.



Suami isteri yang dikenali sebagai BH ,30, dan BS, 27, itu pada awalnya bertolak dari rumah mereka di Solo menuju ke Karanganyar pada Sabtu lalu sebelum tiba di hotel berkenaan pada pukul 4.30 petang.


Kedua-duanya menginap di hotel itu sehingga Sabtu dan memaklumkan akan mendaftar keluar pada pukul 4 petang.

Namun, pasangan suami isteri itu tidak keluar sehingga petang Isnin menyebabkan penyambut tetamu pergi ke bilik mereka untuk mengetahui apa yang berlaku.

Pintu bilik diketuk namun tiada sebarang reaksi menyebabkan penyambut tetamu itu mengambil kunci pendua dan membuka pintu.

Selepas pintu dibuka, pasangan suami isteri itu ditemukan sudah meninggal dunia dan laporan polis dibuat segera, manakala jenazah suami isteri itu dibawa ke hospital.

Jurucakap polis Karanganyar, Aditya Prima memaklumkan, punca kematian suami isteri itu disebabkan pembuluh darah mereka pecah akibat pengambilan bahan rangsangan seks secara berlebihan.

Katanya, polis turut menemukan beberapa bahan bukti termasuk bahan rangsangan yang diambil oleh suami isteri tersebut.

Sementara itu, jurucakap hospital pula memberitahu, terdapat kesan kecederaan minimum ditemukan pada jenazah suami isteri itu.

Si suami mengalami pendarahan di bawah mata, manakala isteri pula mempunyai luka di bahagaian bawah mulut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 5-10-2022 06:45 PM
Mati dalam nikmat dunia..
Quote _blackbird 5-10-2022 06:52 PM
mati dlm jihad kan, sedang membunuh setan
Quote Kitty_catz 5-10-2022 06:54 PM
bangsa makan friskissssss

capruttt smua
Quote redz85 5-10-2022 06:57 PM
they die happy
Quote Kak-Rohana 5-10-2022 07:04 PM
Yg bini pun ambik jugak? Tadah je lah yg ko turut telan dah knp?
Quote airfilterkotor 5-10-2022 07:16 PM
Muda lagi dah telan obat kuat seks?
Quote alieyrina 5-10-2022 07:22 PM
Telebih pandai caprut2 ni
Quote buapakperut 5-10-2022 07:47 PM
Kenapa makan ubat kuat? Tak cnfident kee
Quote Carcosa 5-10-2022 08:52 PM
Oklah, nasib baik dah nikoh
Quote ctaz 5-10-2022 08:54 PM
jadahnyer pengantin baru mkn ubat kuat....

Quote CiliPadiSedap 5-10-2022 09:06 PM
ubat kuat sex xsesuai sakit jantung. jadi kalau lemah asah guna telur ayam kampung, telur biawak komodo madu jusa c minus, campur madu lebah yang tak bermadu
Quote rospinki 5-10-2022 09:11 PM
Kuat ngnetot
Quote intan244 5-10-2022 09:25 PM
x faham apa fungsi. mcm redbull ka apa.
Quote batu kikir 5-10-2022 09:32 PM
Tak logik.
Ini perbuatan bunuh diri..... mungkin hutang banyak,  hilang pekerjaan.
Quote sukacactus 5-10-2022 09:35 PM
Nak kuat sampai takat mana tu
Ikut rasa binasa, ikut hati mati
Ha mati pun
Quote sharlenetexas 5-10-2022 09:35 PM
Telan satu papan satu botol?


Quote TomyamPuteh 5-10-2022 11:10 PM
Sekurang kurangnya hubungan diorang halal.
Quote gigahertz 5-10-2022 11:14 PM
CiliPadiSedap replied at 5-10-2022 01:06 PM
ubat kuat sex xsesuai sakit jantung. jadi kalau lemah asah guna telur ayam kampung, telur biawak kom ...

Hisap dadah pun boleh 10 round
Quote Suchi 5-10-2022 11:15 PM
Bunuh diri ke? Pelik umur muda2 nak pakai segala ubat kuat timbang kilo, baru kawen lak tu mcm tak perlu ja ubat kuat segala tu len la pelincir ke logik gaklaaa.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051071 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top