CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Yakin UMNO Menang PRU15

7-10-2022 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6141| Komen: 62

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Umno akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selain meramal parti itu akan berdepan krisis dalaman.

Bercakap kepada Nikkei, bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana Umno tidak mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal menerajui negara.


FB Tun M

"Akan ada (krisis) kerana saya pasti mereka tidak mahu Perdana Menteri sekarang berterusan," katanya yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno dilihat tidak senada dengan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keperluan membubar Parlimen bagi memberi laluan untuk mengadakan PRU-15, tahun ini.


Dalam pada itu, Dr Mahathir meramalkan Ismail Sabri tidak akan dilantik semula bagi menerajui kerajaan dan berkemungkinan digantikan dengan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjawat jawatan berkenaan.

"Beliau (Mohamad) paling kurang tidak terbabit dengan jenayah," katanya yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Dr Mahathir berkata, Umno berpeluang untuk menang pada PRU-15 kerana mempunyai 'banyak wang'.

Ini bukan kali pertama beliau meramalkan Umno akan menang pada PRU, selain Dr Mahathir pada Ogos lalu, berkata Umno akan 'menang besar', jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Sementara itu, beliau ketika ditemu bual agensi AP, berkata kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokong Umno.

Beliau mendakwa, ini berikutan pengundi sudah ditawarkan wang dan insentif lain.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 7-10-2022 07:19 PM
IMG_20220317_093614.jpg

Biodata

Nama: Haji Mohamad bin Haji Hasan

Nama Gelaran: YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Nama Popular: Tok Mat

Tarikh Lahir: 2 Mei 1956

Tempat Lahir: Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan

Jawatan kini: Timbalan Presiden UMNO Malaysia



Pendidikan

1976: Universiti Malaya (UM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban

Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau

Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, RantauPerkahwinan

YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Datin Seri Utama Raja Salbiah binti Tengku Nujumudin.



Kerjaya/Perkhidmatan

Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).

Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad,

Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad

1994 – 2004: Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad

1992 – 1994: Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad

1988 – 1992: Pengurus Besar Bank Bumiputra London

Bank Bumiputra Malaysia Berhad,

Pengurus Arab Malaysian Merchant Bank Berhad.

Penolong Pengurus Malayan Banking Berhad (Maybank)

Pelatih Bank Negara Malaysia (BNM)



Politik

18 Disember 2018 – 29 Jun 2019: Menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO

2018-2021: Timbalan Presiden UMNO Malaysia

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan

Ketua UMNO Bahagian Rembau,

25 Mac 2004 - 2018: Menteri Besar Negeri Sembilan

2004: ADUN Rantau


Anugerah
PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS)

Sumber: Wikipedia
Quote batmana 7-10-2022 07:32 PM
zahid sampul bagi ke?

tkknla jadi presiden PKMB tapi msih tk jadi PM lagi..
Quote nikaido 7-10-2022 07:42 PM
Kalau jadi PM, mat hasan satu2 PM tanpa ada pengalaman menteri kabinet. PM2 sebelum ni biasanya penah jadi menteri pendidikan/pertahanan/pertanian
Quote nurshima 7-10-2022 07:53 PM
Tak mau PM tak handsome
Quote 3chanceno 7-10-2022 07:54 PM
Kenapa tok mat nie tak pernah jadi muntri dlm kabinet dapur? Faktor Selain dari dia tak pegang kerusi parlimen, lama tu dia duk dlm kabinet dapur
Quote alesandra 7-10-2022 07:57 PM
Indirectly dia jugak masih menghina majoriti pengundi melayu dgn jayanya
Quote creep_bite 7-10-2022 08:38 PM
Elok lg Tok Mat banding Wak Jahid.
Quote Knights 7-10-2022 09:14 PM
3chanceno replied at 7-10-2022 07:54 PM
Kenapa tok mat nie tak pernah jadi muntri dlm kabinet dapur? Faktor Selain dari dia tak pegang kerus ...

dia jadi mb n9 berapa lama tah
ok ke dia jadi mb n9
ada orang n9 boleh komen
Quote rashiman 7-10-2022 09:30 PM
Knights replied at 7-10-2022 09:14 PM
dia jadi mb n9 berapa lama tah
ok ke dia jadi mb n9
ada orang n9 boleh komen

Ok jugak...
Kalau Tun sebagai PM dgn pembangunan Putra Jaya nya.
Tok Mat sebagai MB dgn pembangunan Seremban 2 nya..
Quote sharlenetexas 7-10-2022 10:48 PM
Cold storage circa 1992-94 macamana rupanya?


Quote sharlenetexas 7-10-2022 10:49 PM
Kembang idung tokmat.


Quote brego 7-10-2022 10:50 PM
thorbaikk tok mat  
Quote ifanonline 7-10-2022 10:55 PM
Jgn terlalu yakin tun, aku tak suka org n9 jadi pm
Quote zehra2 7-10-2022 11:35 PM
ikhlas ke tun?
Quote mdmy 8-10-2022 12:23 AM

ikhlas lah kot, dia yg bawak masuk Tok Mat dlm Umno.
Quote zjen 8-10-2022 01:51 AM
konpem fosil tak ikhlas  ...  niat nak kasi mail komedi dedua bertambah stim
Quote zjen 8-10-2022 01:54 AM
anyway,  semoga tokmat berjaya
Quote mesmerize 8-10-2022 03:21 AM
Meanwhile, the Langkawi MP told the Associated Press that most Malay voters have returned to support Umno.

He claimed that it was mainly because these voters had been offered money and other incentives.


Satu sen pun tak pernah dapat. Ada ke yg dapat? Berapa kerat je dari jumlah pengundi sebenar yg dapat duit dedak kan? Ke dia maksudkan BKM BRIM segala? Tu semua yang layak tak kira bangsa dapat kan?
Quote supernaturalee 8-10-2022 05:19 AM
Puppet master sedang menggerakkan langkah



Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061181 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top