Rizky Billar seharusnya hadir memenuhi permintaan pihak polis untuk melakukan siasatan selepas dilaporkan memukul isterinya, Lesti Kejora pada Khamis.
Sayangnya, pelakon dan hos yang telah ditamatkan perkhidmatannya itu tidak hadir ke Polres Jaksel atas alasan dirinya mengalami gangguan mental yang cukup parah gara gara pemberitaan dan dikritik netizen. Hal itu disampaikan peguam yang mewakilinya, Neas Ginting, kepada wartawan tempatan. “Saya maklumkan ya, saya mewakili Billar. Beliau sedang menunggu ustaz juga. Beliau sibuk sehingga tidak dapat datang ke balai," ujar Neas Ginting, kepada wartawan seperti yang dilaporkan Detik.com.
Pada waktu sama, Neas mengatakan mental kliennya sangat tidak stabil gara-gara pemberitaan dan kritikan daripada warganet. Justeru, Rizky kini mahu mencari ketenangan terlebih dahulu dan meminta bantuan ustaz untuk membantu mentalnya stabil. Selain itu, Neas menegaskan Rizky tidak melakukan kekerasan rumah tangga terhadap Lesti. Mengenai laporan membaling bola snuker, Rizky mengaku dia hanya menggertak isterinya. Sementara itu, pihak polis akan cuba memanggil Rizky untuk diperiksa buat kali kedua. Jika dia gagal hadir pada panggilan kedua, pihak polis sendiri akan memaksa Rizky datang ke balai untuk menjalankan siasatan lanjut. Sumber: Gempak
|
Beribear replied at 8-10-2022 06:49 AM
Euwww dah lah bisex. Boleh eh si lesti ni nak terima laki ni ni balik
Zizikkk
ADVERTISEMENT