CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Aktif Pecah Masuk Pejabat Secara Solo

7-10-2022 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1221| Komen: 4

Usia menghampiri warga emas namun seorang lelaki masih aktif melakukan jenayah pecah masuk pejabat di sekitar Lembah Klang.

Difahamkan suspek berusia 61 tahun itu yang diberkas polis kelmarin, sudah terbabit dalam lapan kes jenayah dilakukan secara solo.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik pendawaian kamera litar tertutup (CCTV) sebuah syarikat di Lembah Klang menyasarkan aktiviti jenayah di premis yang pernah mendapatkan perkhidmatannya.

"Suspek mengambil masa satu hingga dua bulan untuk meninjau keadaan premis pejabat sebelum melakukan aktiviti pecah masuk pada waktu pagi iaitu pada hari cuti umum dan hujung minggu.


"Siasatan mendapati lelaki terbabit melakukan aktiviti jenayah sejak awal tahun ini membabitkan kes di daerah Serdang, Petaling Jaya, Brickfields, Sentul dan Shah Alam," katanya tadi.



Menurutnya, semakan mendapati lelaki itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan pernah menjalani hukuman penjara kerana memiliki barang curi.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 7-10-2022 10:51 PM
Ni baru kategori solo kalau duo atau berkumpulan mcmana agaknya…
Quote Carcosa 7-10-2022 10:57 PM
Atuk! Atuk acah2 George Clooney ke dlm Ocean 11?
Ke, Brad Pitt? Rupanya Atuk adalah George the Clown atau Brad Sepit jah
Quote che-cikL 7-10-2022 11:08 PM
Org pasang CCTV sebab nak selamat, sekali jadi target pulak
Quote Page88 8-10-2022 09:03 AM
Seriously, sometimes old people crack me up.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 1.081299 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top