Tular rakaman video memaparkan aksi mesra dua remaja di sebuah taman sehingga mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
"Budak-budak sekarang. Tempat awam pun nak mengurut kepala," tulis individu yang memuat naik rakaman itu ke laman TikTok. Rakaman berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan bertudung sedang duduk bersandar di sebuah bangku. Seorang remaja lelaki, dipercayai kekasihnya sedang tidur di atas paha gadis berkenaan. Tanpa menghiraukan orang awam yang lalu di taman berkenaan, gadis itu dilihat selamba membelai rambut dan kepala teman lelakinya.
Video itu meraih lebih 214,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dimuat naik ke platform TikTok. Menurut pemilik video itu lagi, dia sekadar berkongsi rakaman berkenaan agar menjadi pengajaran buat semua masyarakat di luar sana. "Assalamualaikum. Pengajaran untuk kita semua. Sekurang-kurangnya bila tengok video ni, ada yang berdoa supaya keluarga kita sendiri dijauhkan perkara-perkara macam ni," ujarnya menerusi ruangan komen. Semakan mStar mendapati video berkenaan dihujani lebih 800 komen netizen yang rata-ratanya risau dengan pergaulan bebas antara dua remaja itu. Dalam pada itu, segelintir pelayar TikTok meluahkan rasa kurang senang dengan penyebaran video aib itu. Sumber: mStar
|
pooh~key replied at 7-10-2022 10:23 PM
Akak taknak komen apa2 sebab zaman muda mudi akak teruks jua yach dek, walaupun masa tu sholat tak t ...
Thunderclouds replied at 7-10-2022 10:42 PM
Denyut jantungku berdebar
Terasa indahnya
Dunia ini kita yang punya
sharlenetexas replied at 7-10-2022 10:39 PM
Solat sbg eksesais ke sis?
sharlenetexas replied at 7-10-2022 10:39 PM
Solat sbg eksesais ke sis?
ADVERTISEMENT