Wan Maimunah yang bakal berangkat bagi mengerjakan umrah pada 1 Disember ini memohon maaf kepada semua pihak dan reda jika dia tidak kembali lagi.
"Saya susun 10 jari kepada semua, saya mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan saya. Halalkan segalanya. "Kepada anda semua, saya maafkan dan ampunkan. "Andai kata benda ini benar-benar berlaku, saya takkan kembali lagi. Allah ambil balik hak Dia. Itu semua kehendak-Nya," katanya.
Wan ketika ditemui di lokasi penggambaran Dosa Tak Terampun berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu ketika menjalani penggambaran di Baling, Kedah beberapa bulan lalu dan dimaklumkan mengenai penajaan umrah itu. "Orang itu maklumkan bahawa ada hamba Allah ingin menaja saya untuk menunaikan umrah dan dia bertanya, sama ada saya nak atau tidak. Subhanallah. Siapa yang tak mahu dan saya terus menangis," katanya. Menurut Wan, dia menyimpan hasrat untuk mempersiapkan pakaian berwarna putih untuk umrah kali ini. "Kali ini saya nak buat semua warna putih. Nak pakai serba putih di sana. Sebelum ini, saya dah pernah menunaikan umrah dah ada pakai pakaian warna selain putih juga. "Ada yang bertanya, kenapa perlu beli dan buat pakaian baharu sedangkan sebelum ini dah pernah menunaikan umrah? "Saya istighfar. Saya cakap, kalau ada kenduri, majlis atau Aidilfitri, kenapa kita boleh buat persiapan mahal, tetapi bukan untuk menjadi tetamu Allah?," katanya. Wan akan berangkat ke Makkah pada 1 Disember ini dari Alor Setar bersama jemaah-jemaah lain. Sumber: Harian Metro
|
Carcosa replied at 7-10-2022 10:17 PM
Nek Wan Maimunah, check betul2 ya. Kalau mmg betul ada org yg taja, Alhamdulillah. Rezeki Nek.
Tapi ...
Acikgomen replied at 7-10-2022 10:24 PM
Nak isi nama kat manaaaaa
Acik nak joinT la
Carcosa replied at 7-10-2022 10:28 PM
Acik kena cari dia di balai for the time being
Sebab dia kena tahan reman for 3 days kot. :l ...
Carcosa: Acik kena cari dia di balai for the time being Sebab dia kena tahan reman for 3 days kot. Dikatanya dia dilantik jadi "Director of Finance" ...
eyansss replied at 7-10-2022 11:12 PM
serious la dia edit kat KDN website? dia ada access meh? wowzer sangat… berani bakhang…
Carcosa replied at 8-10-2022 08:42 AM
Website tu utk Public tgk carta organisasi pemegang2 jawatan dkt KDN. Ada satu jwtn tu kosong. The ...
eyansss replied at 8-10-2022 08:46 AM
owh... edit sc... tetiba blur plak... hahaha... bangang abadi eh perempuan ni... ingat lagi d ...
Carcosa replied at 8-10-2022 08:50 AM
Hahahha muka nak nangis
Kencing tak beragak. Famili dia tak tegur ke masa dia membongak tgh ...
eyansss replied at 8-10-2022 08:55 AM
kan dah ada yang reveal satu keluarga kaki penipu... dari apaknya sampai la ke adikberadiknya... ...
Carcosa replied at 7-10-2022 10:28 PM
Acik kena cari dia di balai for the time being
Sebab dia kena tahan reman for 3 days kot. :l ...
ADVERTISEMENT