CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Digelar Badut, Sanusi Tanya TMJ, "Apa Perasaan U Kalau I Panggil U Lanun Bola Sepak?"

7-10-2022 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 813| Komen: 2

ALOR SETAR: “Apa perasaan ‘U’ (kamu) kalau ‘I’ (saya) kata ‘U’ ‘lanun’ bola sepak?

Itu soalan dilemparkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terhadap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menggelarnya sebagai badut.


Menurut Muhammad Sanusi, pemilik JDT itu langsung tidak boleh menerima kata-kata orang lain terhadapnya ketika baginda bebas mengatakan apa jua perkara terhadap orang lain.

Foto: Google

“Pemilik kelab JDT ini tak boleh orang kata kat dia, dia kata kat orang tak apa. Kalau orang kata dia ‘lanun’ bola sepak, apa dia rasa?


“Dia kata saya badut, pemecah belah. Kalau saya nak kata kat dia ‘lanun’ bola sepak, dia nak cakap apa?,” soalnya selepas merasmikan Penutup Program Jelajah Kedah Sejahtera di pekarangan Masjid Nurul Ihsan, Langgar di sini, hari ini.

Semalam, tersebar tangkap layar tulisan TMJ dalam media sosial meminta pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar menasihati Muhammad Sanusi agar membawa diri sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya sebagai badut.

Muhammad Sanusi kemudiannya memuat naik tangkap layar tersebut di laman Facebooknya dengan kata-kata sinis, sambil menyifatkannya sebagai contoh tauladan terbaik daripada seorang pemilik kelab bola sepak untuk pemujanya dan sekalian yang berjiwa ‘mentimun’.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi turut menafikan dakwaan TMJ kononnya beliau memecah belahkan penyokong bola sepak.

“Saya sebenarnya menyatukan peminat bola sepak untuk orang ramai. Biar padangnya sama luas, pintu golnya sama saiz dan pemainnya juga sama ramai.

“Biasanya pemain tak sama ramai ini sebab pengadil masuk sebelah sana, jadi pemain dia lebih ramai. Saya nak pemain sama ramai dan pengadil duduk di tengah-tengah,” katanya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Meiizu 9-10-2022 09:59 AM
Betul gak part lanun tu kalau kata orang takpe..cerr org kata dia hemm
Quote Mulotkoyak 9-10-2022 09:37 AM
Yg kuning xbole ditegur and sentuh. Yg hijau pemalas. Elok bebenor laaaa kita dpt pemimpin korup lg hauk cmni.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.128119 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top