MELAKA: Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang wanita yang sesat hampir dua jam di Pulau Besar di sini ketika ingin melakukan rawatan secara batin.
Ketika ditemui pasukan penyelamat kira-kira pukul 10.45 malam, mangsa berusia 37 tahun itu dalam keadaan lesu ditemukan di kawasan berbatu penjuru pulau yang terletak 1.5 kilometer dari Jeti Utama Pulau Besar. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pukul 8.57 malam. Beliau berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota BBP Merlimau serta dibantu BBP Jasin telah dikejarkan ke lokasi bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Berdasarkan maklumat daripada mangsa, kita berjaya mengesan kedudukannya dan menjumpai wanita terbabit di kawasan berbatu di penjuru sisi kiri pulau. “Pihak bomba dimaklumkan mangsa telah pergi ke pulau itu seorang diri sejak pagi tadi (semalam) untuk bersiar-siar, maklumat sebenar yang lebih terperinci masih belum diperolehi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam tadi. Tambah Mohamad Faisal, mangsa yang masih bujang berjaya dibawa pulang ke Jeti Anjung Batu pada pukul 12.36 tengah malam dengan bantuan pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nelayan setempat. Difahamkan, wanita berkenaan yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar malam telah tiba di Pulau Besar pukul 8 pagi semalam dengan menaiki feri pelancong dari Jeti Anjung Batu. Mangsa dikatakan datang ke pulau itu seorang diri untuk melakukan perubatan secara batin termasuk mengelilingi Pulau Besar dan bertapa di sebuah gua digelar Gua Yunus. Wanita itu didakwa turut merancang untuk bermalam di surau di pulau berkenaan bagi melakukan perubatan, malah dikatakan telah melakukannya sebanyak empat kali sepanjang bulan lalu. –CARI Sumber: Utusan Online
|
lattehazelnut replied at 7-10-2022 08:52 PM
Jual sayur kne pakai ilmu batin ke
redz85 replied at 7-10-2022 09:31 PM
mungkin dia pun peminat dengar abang joe si penglipur lara
bang joe baru cerita pasal pulau b ...
Dwdrum replied at 8-10-2022 03:42 AM
Orang yang suka superstition selama nya hidup di kait kan dengan superstitious... Di malaysia dan so ...
Dwdrum replied at 8-10-2022 03:42 AM
Orang yang suka superstition selama nya hidup di kait kan dengan superstitious... Di malaysia dan so ...
supernaturalee replied at 7-10-2022 02:06 PM
Utara dgn selatan tu ke
shernazz replied at 7-10-2022 04:14 PM
Yezza bener..
Kat kampung ayah.iols dolu gitu le...
Slalu dengo mengilai
Dwdrum replied at 7-10-2022 07:42 PM
Orang yang suka superstition selama nya hidup di kait kan dengan superstitious... Di malaysia dan so ...
ADVERTISEMENT