CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kulit Budak Enam Tahun Jadi Kuning Sebab Terlampau Banyak Makan Buah Oren

7-10-2022 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3212| Komen: 23

 LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang makan terlampau banyak buah oren sehingga kulitnya berubah kekuningan.

Ibunya, Charlotte Travers berkata, Thomas gemar makan buah oren dan limau mandarin satsuma sehingga kadangkala mampu menghabiskan keseluruhan paket dalam masa sehari.

Travers dari Paignton di Devon memberitahu tabiat makan berlebihan itu akhirnya menyebabkan warna kulit anaknya berubah menjadi kekuningan.

Foto: SWNS

Malah, dia secara berseloroh menggelar anaknya sebagai `Thomas Simpson’, menyamai watak kartun terkenal dengan kulit berwarna kuning.


Menurut Travers, pada mulanya, dia amat bimbang dengan perubahan warna yang berlaku pada kulit anaknya.

Katanya, doktor juga pada awalnya berasa keliru dengan perubahan kulit Thomas sehingga mengambil masa untuk menentukan puncanya.

“Kulit anak saya mula berubah menjadi kuning dan saya agak bimbang kerana ia mungkin tanda kegagalan buah pinggang atau hati.

“Ujian darah diambil untuk mengesan puncanya namun hasil keputusan menunjukkan normal.

“Namun, apabila doktor memberitahu mengenai puncanya, saya berasa ia kelakar dan bergurau dengan memanggilnya Thomas Simpson,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 7-10-2022 06:11 PM
Bagaimana makan terlalu banyak oren boleh menjadikan kulit anda kuning

Oren mengandungi pigmen semulajadi yang dipanggil beta karotena.

Bahan ini terdapat dalam paras tinggi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran kuning dan oren dan memberikan warna tersendiri.

Tahap tinggi boleh didapati dalam lobak merah, mangga, aprikot dan oren.

Makan sejumlah besar makanan ini dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kulit anda bertukar warna menjadi kuning-oren apabila beta karotena terkumpul di dalam badan.

Tiada keadaan kesihatan negatif yang diketahui berkaitan dengan pengambilan terlalu banyak beta karotena.

Sebagai sebahagian daripada diet seimbang, bahan itu sebenarnya bermanfaat.

Ini kerana tubuh manusia boleh menukar beta karotena kepada vitamin A.

Vitamin A diperlukan untuk menyokong sistem imun, meningkatkan kesihatan mata, dan mengekalkan keadaan kulit yang baik.

Sesetengah orang mengambil beta karotena untuk mewarnakan suplemen kulit mereka sebagai pengganti penyamakan semula jadi.
Quote lattehazelnut 7-10-2022 06:13 PM
Ninja9 mn friska ek
Quote pooh~key 7-10-2022 06:22 PM
Akak mn @ifanonline sebenarnya dek. Korang je yang lalai dek.
Quote ninja9 7-10-2022 06:25 PM

senang cari friska... thread yang ada masalah sosial dimalaysia banyak yang dia buka.. kononnya dia nak highlightler tu. .. tp berita masalah sosial indon lagi teruk, thread tu memang dia tak ada.. hahaha
Quote insulin 7-10-2022 06:28 PM
So kalau nak dapat kulit putih walaupun sementara kena makan apa banyak2? Lobak putih?
Quote imransulaiman 7-10-2022 08:39 PM
Dulu pernah ada kisah orang kerap makan carrot...kulit dia jadi oren juga
Quote sharlenetexas 7-10-2022 08:41 PM
Alahai dik oyen

The bodyshop dah stop ke satsuma range?

Quote CiliPadiSedap 7-10-2022 10:50 PM
Edited by CiliPadiSedap at 7-10-2022 10:55 PM

belajar makan durian dik. nanti kulit jadi sawo akil baligh
Quote Highflyer19 7-10-2022 11:08 PM
Yg byk mkn sayur tak ada pulak bertukar jd hijau mcm incredible hulk…
Quote Adrif 7-10-2022 11:35 PM
oh. kesan dia sementara ke? atau kekal oren?
Quote doubleharmonic 8-10-2022 02:15 AM
acik @oren tersenyum sinis
Quote Page88 8-10-2022 08:47 AM
In rare cases, this can & does happen.
Quote Belibis 8-10-2022 03:45 PM
insulin: So kalau nak dapat kulit putih ...

Salah sis..quputeh jawapannya.[em:3:]
Quote casper2022 8-10-2022 04:16 PM
perubahan warna kulit sbb faktor mkn buah ni mmg pnh jadi.Tak bahaya dan xbersifat kekal
Quote mbhcsf 8-10-2022 09:41 PM
vitamin  ni penting, cuma  bila kita tengok  vitamin  yg larut lemak ADEK

pengambilan kena betullah.

my
https://www.healthline.com/health/hypervitaminosis-a
https://www.healthline.com/nutrition/can-you-overdose-on-vitamins#risks-of-high-doses



Quote Goodluckdontcry 8-10-2022 10:06 PM
Tp knp den waktu kecik dulu..hantu limau juga..xjd pun warna Oren..ke SBB den errr hehehe kulit gelap ala dayang senandung..mmm dayang senandung gelap Sgt...err ke SBB mcm kulit org afrika yg plg cerah..so den xdiselubungi dgn Oren buah limau??? Kehkehkeh...ooo sedeyyy...
Quote FOTHER-MUCKER 8-10-2022 10:12 PM
Beberapa tahun lapas mengalami masalah yang sama tetapi disebabkan banyak makan carrot
Quote Orenn1 8-10-2022 10:12 PM

Amboiii skrg ni nampaknya aku dah naik pangkatt yachhh, sebelum ni org panggil sis orenn skrg dah acikk pulakkk sabo je
Quote green~tea 8-10-2022 10:42 PM
Masih laaa comel walau oyen...

Cuma tu la kena reduce sbb vitamin a kalo berlebihan nnti body akan store dalam hati... takbaik tau pendam dalam hati lama2 nnti memakan diri

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.095158 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top