CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PATI Dipenjara 21 Tahun, 14 Sebatan- Suruh Anak Jiran Datang Urut, Habis Dikerjakan Daranya

7-10-2022 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2568| Komen: 8

Tawau : Seorang pendatang asing tanpa izin dijatuhi hukuman penjara 21 tahun dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya yang berusia 14 tahun dan empat bulan, 18 September lalu.


Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, ketika menjatuhkan hukuman berkata, kesalahan dilakukan tertuduh, Elmi Al-Basiran, 53, yang mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu adalah terlampau serius.

"Selepas mengambil kira keseluruhan fakta kes, hujah pendakwaan, pengakuan dan rayuan tertuduh, mahkamah tidak boleh berkompromi dengan kesalahan ini," katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal iaitu dengan meraba mangsa, Iaitu kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun dan empat bulan.


Foto: Harian Metro


Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa dengan melakukan kesalahan sama.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Apas Parit, Jalan Apas, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi pada 18 September lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Awang Kerisnada dalam keputusannya memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima tahun dan enam sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan bagi pertuduhan kedua dan hukuman berjalan secara serentak berkuat kuasa hari ini.

Tertuduh juga diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk diusir pulang sebaik selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Syahnidzam Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 8 pagi, tertuduh memanggil mangsa datang ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan alasan meminta mangsa mengurut belakang badannya yang sakit.

Bagaimanapun, sebaik mangsa sampai di rumah, tertuduh melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke hospital Tawau dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan koyakan lama pada selaput dara selain mangsa juga mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan tertuduh sejak Jun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-10-2022 05:14 PM
Pilak ke yindon???
Quote CiliPadiSedap 7-10-2022 08:19 PM
Skuau: Pilak ke yindon???

nama pun dah elmi, kalau el el tu banyak indon bangsa friska mendunia
Quote miznora 7-10-2022 08:24 PM
Dah penah buat projek dgn anak jiran rupanya.. Ingtkan kali pertama kena amang seksual
Quote Highflyer19 7-10-2022 09:28 PM
So lps ni makan semua tanggung...
Quote margo20 9-10-2022 01:48 PM
Puas hati dia semua dpt free
Quote me12345 9-10-2022 04:04 PM
Suka sama suka akhirnya 21 tahun sensorang...
Quote kucing_gebu 9-10-2022 04:12 PM
Mcmmn kali ni kantoi tp jun lalu tidak? Adakah budak ni tiba2 berpaling tadah?
Quote ninja9 9-10-2022 05:54 PM
mcm mana jadi kes polis kalau kes suka sama suka? perempuan tu akhirnya report polis?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.207472 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top