CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bajet 2023: Ini 'Goodies' Daripada Kerajaan Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

7-10-2022 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1716| Komen: 3

Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Seperti tahun lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi tampil membentangkan Bajet 2023, pada pukul 4 petang, Jumaat.


Dia dilihat meninggalkan Kementerian Kewangan pada 2.30 petang menuju ke Parlimen bagi pembentangan itu.

Tengku Zafrul menggayakan baju Melayu rona biru sambil memegang erat sebuah beg sampul hitam, dipercayai mengandungi teks ucapan Bajet 2023.

Foto: mStar

Berikut merupakan intipati Bajet 2023:


- RM150 juta peruntukan Insentif Penggajian di bawah PERKESO, sebanyak RM600-RM750 sebulan, untuk tempoh 3 bulan bagi golongan rentan.

- RM200 juta peruntukan menampung kos pengangkutan dan edaran barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel untuk penduduk luar bandar.

- RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.


- RM400 juta program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

- RM305 juta peruntukan pembiayaan untuk peniaga belia.

- RM500 Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.

- RM3,000 pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.

- Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk mengalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.

- RM235 juta peruntukan bagi dana pembiayaan untuk usahawan wanita.

- RM11 juta untuk memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks.

- Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu

- Pengurangan kadar cukai pendapatan individu sebanyak 2 mata peratusan.


- RM1 bilion untuk program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)

- Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500 pada 2022.

- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500 untuk keluarga dengan pendapatan bulanan kurang RM2,500 yang menampung lima anak atau lebih.

- Bagi isi rumah sehingga empat orang pula, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

- Isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000, layak terima BKM antara RM500 sehingga RM1,250, bergantung pada bilangan anak.

- BKM RM600 untuk warga emas dan RM350 untuk bujang.

- Subsisi bil eletrik sehingga RM40 kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih

- Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM2.5 bilion untuk 450,000 isi rumah.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-10-2022 12:03 PM
JKM tu bukan mmg sebelum bajet dibentangkan dah termaktub ke? macam bantuan zakat bukan dah termaktub ke?
Quote CiliPadiSedap 8-10-2022 12:05 PM
kaka xtahu bajet ni boleh hadapi perfect storm atau tak? tapi kaka percaya ada bajet lain akan timbul during perfect storm.

nk2 lagi dekat PRU. after pru should be ada GST. gov have to be strong simple majority dan ada dana untuk jaga kebajikan rakyat. kalau tiada GST or cukai yang sepatutnya. gov terpaksa korek hutang.

Quote totokreturn. 8-10-2022 12:12 PM
ron 95 masih maintain ka

untung la vellfirian dan alpharan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.093577 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top