CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Bergaya Tapi Sengkek Inilah Jadinya, Dua Pelajar Kolej Kantoi Curi Baju Berjenama Bernilai Lebih RM400

7-10-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2413| Komen: 12

Ampang: Cubaan dua penuntut sebuah kolej mencuri pakaian berjenama di sebuah pusat beli belah di Taman Melawati, dekat sini, gagal selepas disedari pekerjanya sebelum menahan kedua-dua suspek.


Dalam kejadian jam 8.30 malam, kedua-dua wanita berusia 21 tahun itu masuk ke premis menjual pakaian sebelum berpura-pura ingin mencuba tiga pakaian bernilai RM429 di bilik persalinan.

Selepas mencuba pakaian itu, suspek terus beredar namun disedari pekerja premis terbabit yang kemudian menahan mereka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan suspek.


Gambar Hiasan


"Polis merampas barang kes dan menahan suspek kerana disyaki melakukan jenayah curi dalam bangunan.

"Kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang jaya untuk tindakan selanjutnya," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 7-10-2022 10:38 PM
Apaaalah. Korang ingat ini taktik baru korang create ke? Dah wujud dari zaman Tok Kadok lagi kot. Maunya tak kantoi. Sia2 je malu
Quote sharlenetexas 7-10-2022 10:40 PM
Jenama apa tu sis? Uniqlo? H&M?

Quote miszclassique 7-10-2022 10:51 PM
sharlenetexas replied at 7-10-2022 10:40 PM
Jenama apa tu sis? Uniqlo? H&M?

Kalau remaja, most probably uniqlo atau padini kot kat melawati mall tu
Quote sukacactus 7-10-2022 11:02 PM
Kadang bukan xmampu, tp thrill buat salah & terlepas tu yg buat syok sgt mencuri
Quote aechae 8-10-2022 12:19 AM
miszclassique replied at 7-10-2022 10:51 PM
Kalau remaja, most probably uniqlo atau padini kot kat melawati mall tu

Uniqlo kot..klu padini tu dgn rm400 bleh dpt byk hasil mna nk sorok
Quote allshares 8-10-2022 12:30 AM
Melawati mall ke? Brand apa jah yg mahal2 ade mt sinun?
Quote allshares 8-10-2022 12:35 AM
Dah check directory. Paling mahal british india kot. Tapi dak2 bbnu jaman now lyn ke british india? Kalau uniqlo rasa x dela mahal nau. Or maybe ambik dress 3 pasang kot.
Quote matchstick 8-10-2022 01:58 AM
Dh tak mampu ko beli bundle punya je la dekk..berlambak org jual baju bundle setakat Uniqlo tu rm15 boleh dpt
Quote Dwdrum 8-10-2022 03:18 AM
Masih college student sudah buat bad record bukan sebab curi buku.... material untuk study or food... Bad record sebab curi baju branded...
Quote ninja9 8-10-2022 07:05 AM
kalau tak mampu tak perlulah bergaya mahal-mahal. bergaya ikut kemampuan dan tak perlu korbankan moral lebih bagus dari bergaya dalam penjara, seumur hidup imej dah rosak sebab dah ada rekod polis...

kalau menyusahkan buat simple sahaja, jangan hadap sangat pujian dan perhatian orang, dalam kesusahan nak minta pertolongan tu belum tentu ada yang tolong, banyak part kehidupan sekarang ni cuma fake
Quote gigahertz 10-10-2022 08:35 PM
aechae replied at 7-10-2022 04:19 PM
Uniqlo kot..klu padini tu dgn rm400 bleh dpt byk hasil mna nk sorok

melawati mall tu dulu ada bangladesh mati masa dlm proses pembinaan
Quote encikWawad 10-10-2022 08:52 PM
It has been ages tak g melawati mall since kl east mall bukak. Walaupun takde anchor besar tapi kedai makan yang best best

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.085302 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top