CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Along Eyzendy Hidup Guna Buah Pinggang Isteri, Mula Berlakon Semula Selepas Pembedahan

7-10-2022 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3814| Komen: 36

Lama menyepi, pelakon Along Eyzendy sudah bersedia kembali dalam dunia lakonan selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang 15 April tahun lalu.

Along atau Mohd Eyzendy Mohd Azizi, 42, berkata, dia banyak menerima pertanyaan tentang keadaan terkininya selepas menjalani pembedahan itu selain ditanya sama ada dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan atau pun sebaliknya.

Foto: IG

"Ramai bertanya dah boleh berlakon ke? Dah sihat ke? Insya Allah boleh tapi jangan bagi saya babak pergaduhan sahaja.

"Kalau saya pukul orang itu mungkin boleh tetapi orang tak boleh pukul saya takut memberi tekanan pada badan," katanya.




Along berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater Nyonya di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu kisah Along menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 38, mendermakan buah pinggang kanannya.

Buah pinggang itu kemudiannya dimasukkan ke bahagian kiri buah pinggangnya dan pembedahan itu berjaya apabila organ itu berfungsi dengan baik.



Dalam pada itu, Along memaklumkan dia sudah mula menjalani penggambaran namun sentiasa memastikan kesihatannya terjaga.

Meskipun merasakan dirinya mampu melakukan lebih daripada sepatutnya namun dia terpaksa akur dengan keadaan dirinya selain perlu berhati-hati agar tidak timbul sebarang komplikasi.



"Sebenarnya selepas enam bulan pembedahan saya sudah mula menjalani penggambaran malah pernah berada di lokasi selama 15 jam tapi kena jaga makan, minum dan cukup tidur.

"Kalau tak cukup tidur, dia akan rasa tak sedap badan dan juga sakit di bahagian tempat pembedahan.


"Ikutkan hati saya redah sahaja tapi badan tak berapa kuat dah," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 7-10-2022 10:43 PM
mulianya hati bini dia semoga surga tempatmu nak
Quote Carcosa 7-10-2022 10:53 PM
Kang dah berduit sikit, jgn di lupa plk jasa bini ko.
Or terjumpa minah Tiktok gelek2 sikit, kang hah bolat mata ko. Kenang sikit bini ko kasi buah pinggang
Quote she 7-10-2022 10:54 PM
Suami sakit…bini sanggup bagi segalanya
Bini sakit…suami cari lain alasan batin tersiksa

Orang lah kataaa
Bukan macik kata
Quote Acikgomen 7-10-2022 11:01 PM
she replied at 7-10-2022 10:54 PM
Suami sakit…bini sanggup bagi segalanya
Bini sakit…suami cari lain alasan batin tersiksa


Kata nak masak megi acik dok tunggu neh
Quote annadonna 7-10-2022 11:06 PM
Dorang ni bercinta sejak zaman belajar. Dua dua lepasan aswara. Along ni nyanyi sedap, pandai main muzik, berlakon bagus cuma rupa kurang ikut standard Malaysia. Wife dia belajar tari ke muzik juga lupa dah iols. Okay la dorang cinta mati la ni klu dah sanggup bagi buah pinggang.
Quote doubleA 7-10-2022 11:11 PM
Bagusnya bini dia, semoga tiap kali terniat nak buat tak baik pada bini, auto teringat buah pinggang bini kat diri. Besar sungguh pengorbanan bini
Quote dua_chzy 7-10-2022 11:32 PM
Edited by dua_chzy at 7-10-2022 03:34 PM
she replied at 7-10-2022 02:54 PM
Suami sakit…bini sanggup bagi segalanya
Bini sakit…suami cari lain alasan batin tersiksa



Tak suma. Si Pierre Png nsem tu bagi buah pinggang kat gf masa gf sakit pehtu setia sampai sekarang (dah jadik wife) walaupun wife heols si Andrea tu sakit sampai sekarang la juga nampak ja sihat di gambar tapi condition worrying katanya tahun lepas lepas ambik vaksin sebab buah pinggang sheol reject vaksin tu.

Nilai moral keaah ini ialah jangan makan ubat kurus berlebihan macam Andrea sampai rosak buah pinggang.

Quote Lily_Elizabeth_ 7-10-2022 11:34 PM
Allah.

Kesianya.
Baru je operate besar dah kena kerja. Kat opis nu if operate besar setahun medical board.
Quote AWEKSAMURAI 8-10-2022 12:01 AM
she replied at 7-10-2022 10:54 PM
Suami sakit…bini sanggup bagi segalanya
Bini sakit…suami cari lain alasan batin tersiksa


Aku setuju kata2 acik.... Aku kan buat treatment kat satu pusat treatment ni sbb aku kena Bell's palsy aku tgok yg dtg situ sume jenis berpapah berusung... Laki yg sakit mengesot bini ni papah lah bagi semangat bagai kat tok laki ...mai bini yg berpapah sume ank yg papah kan ..... Laki kurang lah dtg papah bini ada tu hantar then balik hahahahaa naseb laki aku setia org nya 3 jam dok tggu tepi bini.
Quote she 8-10-2022 12:14 AM
Acikgomen replied at 7-10-2022 11:01 PM
Kata nak masak megi acik dok tunggu neh

Hahahahahahaha

Dah habissss sayammmm
Quote she 8-10-2022 12:15 AM
dua_chzy replied at 7-10-2022 11:32 PM
Tak suma. Si Pierre Png nsem tu bagi buah pinggang kat gf masa gf sakit pehtu setia sampai sekaran ...

Mekasih Ticer
Lega baca ada juga lelaki budiman
Nampaknya masih ada sinar buat macik
Quote she 8-10-2022 12:17 AM
AWEKSAMURAI replied at 8-10-2022 12:01 AM
Aku setuju kata2 acik.... Aku kan buat treatment kat satu pusat treatment ni sbb aku kena Bell's p ...

Dah okey ke Bell Palsy tu?
Kawan macim ritu kena juga
Sampai bergasak2 dengan boss dia
Last2 dia resign sebab banyak appointment dengan pakar

Komer jaga ler diri
Jangan merajok selalu dok muncung itik okies
Quote Acikgomen 8-10-2022 12:20 AM
AWEKSAMURAI replied at 8-10-2022 12:01 AM
Aku setuju kata2 acik.... Aku kan buat treatment kat satu pusat treatment ni sbb aku kena Bell's p ...

Ayooooo chuols cemana boleh dpt penyakit tuh
Jgn skip treatment hokeh
Quote kepompong 8-10-2022 12:22 AM
AWEKSAMURAI replied at 8-10-2022 12:01 AM
Aku setuju kata2 acik.... Aku kan buat treatment kat satu pusat treatment ni sbb aku kena Bell's p ...

laki sibuk bekerja cari duit utk beli beras & bayar bil hospital … kang masuk ci mintak derma sumer royan

done bekap
Quote pocongkiutss 8-10-2022 12:30 AM
Hargailah bini tu..jgn buat perangai pula bila dh masuk 40s ni
Quote hasniey 8-10-2022 12:48 AM
Sakit rupanya ptutla lama xnmpk.kalau x mcm setiap movie dia ada
Quote Aneem 8-10-2022 08:22 AM
Dia kalau nak setia dan curang bukan kisah laki ke isteri. Kalau dh mmg jenis menggatal, yg pondan pun merenyam nauzubillah.
Quote AWEKSAMURAI 8-10-2022 12:45 PM
she replied at 8-10-2022 12:17 AM
Dah okey ke Bell Palsy tu?
Kawan macim ritu kena juga
Sampai bergasak2 dengan boss dia

Dh 2 bulan kena Bell's palsy alhamdulillah semakin pulih .. 8 kali buat akupuntur .. 4 kali treatment kat Kuhen Energy seri kembangan ... Air mata dh mula kembali kalau x tgok citer korea menangis sebelah ke airmata keluar hahaha... Bell's palsi ni sakit after seminggu kita kena je ... Sbb dia effect dlm telinga bengkak tu yg x tahan x bleh tido ..lpas dh x bengkak telinga dlm tu dh okey dh cuma senget benget lah muka n mulut ..mata kering .
Quote AWEKSAMURAI 8-10-2022 12:46 PM
kepompong replied at 8-10-2022 12:22 AM
laki sibuk bekerja cari duit utk beli beras & bayar bil hospital … kang masuk ci mintak derma sum ...

Hahaha xde jgak aku tgok ada setengah hantar bini lepas duduk kat depan ruang menunggu main fon hahaha lantak lah misi nk buat apa kat bini ko hahaa kang nk masuk kete pekerja kat situ yg usung bini dorang hahahaa

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046152 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top