CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Perempuan Gatal!" Wanita Diselar Dah Jadi Tunagan Orang Tapi Tergoda Dengar Suara Jantan Kawan Ofis

7-10-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2908| Komen: 29

Fasa bertunang membolehkan kita mengenali pasangan dengan lebih dekat sebelum menginjak ke alam rumah tangga.

Dalam fasa itu, si teruna dan dara pastinya berdepan pelbagai ujian sehingga ada yang hubungan yang berantakan dan berakhir di tengah jalan.


Terbaharu, seorang wanita membuat pengakuan mengenai bahawa dia mula curang dengan tunang sendiri.

Tidak mendedahkan identitinya, wanita itu berkata dia secara tiba-tiba jatuh hati terhadap rakan sekerjanya.

Gambar Hiasan

"Macam mana nak start eh. Aku dah tunang. Tapi sebelum jumpa tunang, aku ada crush kat seorang lelaki kat office aku kerja ni.


"Kami tak pernah bercakap. Just senyum je apabila terserempak. Tapi sejak bulan lepas dah start bercakap. Gitu-gitu je. Kadang tu terjumpa kat pantry, so minum sekali," ujar wanita itu.

Bercerita lanjut, dia mengakui mula tertarik kepada lelaki itu kerana suaranya yang 'jantan' biarpun rupa parasnya biasa-biasa sahaja.

Perkenalan di pejabat juga membuatkan mereka semakin selesa sehingga lelaki itu mengajaknya untuk keluar bersuka ria pada hujung minggu.



"Dia tak la handsome sangat tapi suara dia jantan. Sekali semalam dia cakap aku cute la gitu. Aku pun macam berbunga la kan.

"Lepas tu dia ajak aku dating weekend ni. Aku tak tahulah gila ke apa aku terus setuju. Now aku rasa macam cheating pula.

"Aku dah sayang tunang aku tapi aku dah lama crush dia ni dan tiba-tiba dia approach aku pula. Boleh gila aku min (admin)," luah wanita itu menerusi perkongsian di Twitter @ConfessTweetMY.

Dalam tempoh kurang 24 jam selepas dikongsi ke Twitter, wanita tersebut menerima ratusan komen netizen yang rata-ratanya menyelar tindakannya itu.

Selain menegur tindakan tidak matang wanita itu, sebilangan netizen turut menasihati agar dia berfikir sedalamnya sebelum berlaku curang terhadap tunang sendiri.

Wanita itu turut setuju apabila diajak untuk keluar pada hari cuti dengan lelaki tersebut.

"Bodoh. Sebelum kau tunang mesti kau bercinta dengan tunang kau? Apa function kau bercinta dengan orang lain tapi ada crush kat orang lain?

"Ujian orang bertunang, buatlah keputusan terbaik untuk diri anda sebab hanya anda sahaja yang boleh fikir mana baik mana buruk.

"Hakikatnya gatal, tahu dah tunang lagi nak keluar dengan laki lain, tu bukan takdir tapi pilihan.

"Memang gatal! Dah bertunang tapi acah single tu yang terus accept laki tu ajak keluar.

"Perempuan tak salah. Perempuan mana pernah salah. Yang salah laki tu. Sebab laki tu buaya," tulis seorang lagi netizen secara sinis. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 7-10-2022 03:57 PM
Edited by lattehazelnut at 7-10-2022 04:19 PM

Test je market dik.. tunang pun belum tentu sampai nikah..
Da nikah kang nyesal tak berguna dah..
Yang lelaki dah nikah pun still test market lg..

Yg twitter confession ni iols rasa 90% rekaan je
Clout chasing
Quote ninja9 7-10-2022 04:14 PM
kau akan crush bukan yang ini sahaja tetapi sepanjang hidup ko. kalau layan jadilah .. tapi tak pa kau boleh kawin dua laki...
Quote ezacbee 7-10-2022 04:27 PM
Suara jantan pun boleh crush. Tunang dia ni suara kartun ke?
Quote ctaz 7-10-2022 04:52 PM
byk beno pulak citer2 mastika dalam isu semasa...
aje nyer
Quote supernaturalee 7-10-2022 04:54 PM
ezacbee replied at 7-10-2022 04:27 PM
Suara jantan pun boleh crush. Tunang dia ni suara kartun ke?

suara tunang mcm beckham kot


Quote Lily_Elizabeth_ 7-10-2022 04:55 PM
Kan ada quotes

Lelaki tertarik pada wanita sebab rupa paras.
Wanita tertarik pada lelaki sebab suara.
Quote supernaturalee 7-10-2022 05:05 PM
gatal gatal gatal...aaa aa aww

Quote Adrif 7-10-2022 06:50 PM
lattehazelnut replied at 7-10-2022 03:57 PM
Test je market dik.. tunang pun belum tentu sampai nikah..
Da nikah kang nyesal tak berguna dah..
Ya ...

yes. bukan setakat twitter ja. banyak page followers beribu kat media social, confession mostly dari pihak yang sama

penulisan sama. gaya bahasa, tatabahasa sama. kadang2 yang buat kerja tu 3-4 orang, tapi kenal la style masing-masing. very obvious

nak naikkan reader, senang ja. mainkan isu lelaki perempuan. biar netizen hangat bertekak bergaduh

sok lusa, lelaki pulak confess benda bodo, nak pukul bini sebab tanak goreng nasi

tulat, perempuan pulak jadi bimbo, dapat suami baik, tapi sebenarnya ada skandal lain, sebab batang power


and it keep on and on and on

and people still deceived by them every single time

mati page ni, naik page lain
Quote sukacactus 7-10-2022 07:10 PM
Gatal je lebih tu
Kalau xready, hati xtetap, xpayah le kawin
Quote lattehazelnut 7-10-2022 07:11 PM
Adrif replied at 7-10-2022 06:50 PM
yes. bukan setakat twitter ja. banyak page followers beribu kat media social, confession mostly da ...

Ayat dia ala2 catfish blogger or twitter dulu2 yg dah pencen
Quote spankee_fili 7-10-2022 07:21 PM
Ala putus je tunang pastu proceed sampai kahwin dengan laki baru
Hujung2 kan boleh salahkan jodoh dan takdir, apa susah deknon
Quote hyie 7-10-2022 08:33 PM
dah kawin atau belum, tetap boleh curang dikkkk sebab curang itu satu pilihan. Agittewww.
Quote pearl.silver 7-10-2022 10:29 PM
Byk konten kt ci ni level2 bod kongsi tular je..
Reporter cari, korang xde kne naikkn traffic bod sendu tu ke?
Quote LautBiru52 7-10-2022 10:43 PM
semoga kau berjodohan dengan lelaki buaya dek. Sesuaiiiii dengan muka kau
Quote BartholomewKuma 8-10-2022 04:17 AM
Pa nak herannnn. Dah nama betina. Dalam ni pun ramai. Bila keluaq cerita lagu ni pakat2 bitter betina2 mangkaq dalam ni. Cuba keluaq berita jantan jahat. Bersusun komen depa menghina. Lumrah bettina.
Quote Dwdrum 8-10-2022 04:32 AM
Tidak kahwin lagi.... Boleh buat pilihan ...
Quote Page88 8-10-2022 08:56 AM
Some people need to be single.
Quote dua_chzy 8-10-2022 08:59 AM
Kalau boleh curang buat hapa nak setia? Tak gitoh? Lagipun belum menikoh, so?
Quote testly 8-10-2022 09:00 AM
Tak tetap pendirian ni... Kesian bakal suami dia...
Nak jd buaya...tapi tak berani. Brp lama dah keja seofis kan, pi lah tegur. Mcm2

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.157478 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top