Usahawan dan perawat perubatan holistik, Dr. Erin menghargai doa pengikutnya agar kembali menutup aurat sepertimana mula dikenali ramai sebelum ini.
Kongsi Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, dia juga tidak putus berdoa dan solat taubat agar tidak tumpas dalam 'jihad' menutup aurat. "Berapa banyak sujud taubat saya dah buat tapi saya tetap tak dapat nak istiqamah juga. Tapi saya tak pernahlah menyerah dalam jihad ini. Saya akan cari jalan juga nak pastikan saya boleh berjaya bab aurat ni," tulisnya di Instagram. Tambah Dr Erin lagi, dia turut mengharapkan bimbingan daripada bakal suaminya kelak. Pada masa sama menegaskan dia tidak menggunakan sebarang 'filter' di telefon pintar sebelum berkongsi foto-fotonya di media sosial.
Dalam hantaran sama, Dr. Erin turut berkongsi keadaan wajahnya yang dikatakan tidak menggunakan sebarang filter dengan menampakkan tanda lahir pada bahagian kiri pipinya. Dr. Erin juga memuatkan tangkap layar kiriman mesej yang dihantar kepadanya, memohon agar dirinya kembali berhijab. Sumber: Gempak
|
Carcosa replied at 7-10-2022 03:52 PM
Kalau si tua hodoh janda tak laku ni Doctor, then i must be a Wonder Woman
Acikgomen replied at 7-10-2022 06:46 PM
Kalo chuols wonder woman, mai la tiup2 kat acik sat
Acik kena kobid nehhhhh
ADVERTISEMENT