Kemunculan pelakon Azrel Ismail memegang watak sebagai seorang bapa tunggal menerusi filem Biko bukan tugas mudah kerana perlu menjayakan banyak babak air mata.
Azrel, 38, berkata, dia bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata tetapi itu bukan alasan untuk membawa watak penuh emosi dan mempunyai cara tersendiri. Dedahnya, dia biasanya akan menyapu minyak angin di bahagian mata bagi mengeluarkan air mata dan cara itu berkesan untuk dirinya. "Terdapat babak yang saya tak dapat mengeluarkan air mata sampai saya terpaksa menitiskan minyak angin demi mengeluarkan air mata.
"Ada satu masa itu saya tertitis lebih minyak angin di bahagian mata sehingga rasa panas dan pedih. "Akibatnya mata saya tak boleh dibuka kerana pedih. Penggambaran pun terpaksa dihentikan," katanya kepada mStar. Azrel berkata demikian ketika ditemui ketika sidang media tayangan perdana filem Biko yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC), The Starling pada Rabu lalu. Dalam pada itu, pelakon ini menjelaskan dia bukan tidak pernah menjayakan babak menangis dalam drama lakonannya namun untuk filem Biko ia benar-benar menguji emosi. "Sebelum ini ada juga saya melakonkan babak menangis di dalam drama tetapi bergantung kepada skrip juga. "Apa yang saya boleh katakan, filem Biko memang banyak bermain emosi dan disebabkan itu ada masanya saya memerlukan cara lain untuk mengeluarkan air mata," jelasnya. Karya arahan Teng Bee mengangkat kisah tentang seorang bapa tunggal iaitu Izwan yang mengimpikan kehidupan selesa buat anaknya Biko. Namun semuanya berubah apabila muncul seorang wanita iaitu Sara lakonan Baby Shima yang mempunyai kaitan dengan kisah silam Izwan sehingga mencetuskan pelbagai konflik dalam hidupnya. Biko bakal menemui penonton di pawagam bermula 13 Oktober ini. Sumber: mStar
|
MilanAdelynn replied at 7-10-2022 01:20 PM
Dia ni sombong. Masa awal2 nak naik dulu, beria buat majlis birthday ajak peminat berbayar ye ke maj ...
imransulaiman replied at 7-10-2022 01:38 PM
Kenapa suit tu macam tak "masuk" dengan dia? Huhuhu
Acikgomen replied at 10-10-2022 08:26 AM
Sbb badan heshe berkotak mcm bentuk kusyen
imransulaiman replied at 10-10-2022 02:22 PM
Atau tak pandai pilih cutting yang sesuai. Dia ingat semua suit ngam je dengan semua badan... Hmmm ...
Acikgomen replied at 10-10-2022 03:35 PM
Acik baru abis korantin kobid nyahhh
Esok baru nak pi keja
imransulaiman replied at 10-10-2022 09:27 PM
Hahaha! Pulakkk!
Acikgomen replied at 10-10-2022 10:10 PM
Chuols jenjalan mana je musim2 ujan sana sini nehhhh
Dok rumah buat tahik mata la best
ADVERTISEMENT