Pesohor media sosial dan juga usahawan komestik, Datuk Seri Vida menyorot perhatian netizen apabila memuat naik sepotong video mengenang arwah anak-anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin yang terkorban dalam satu insiden kebakaran di sebuah rumah di Ipoh, Perak sekitar tujuh tahun lalu.
Menerusi ruangan kapsyen pada video berkenaan, Vida memberitahu yang kehilangan kedua cahaya matanya itu merupakan kehilangan yang paling sakit pernah dialami. Meninjau ruangan komen, ramai antara pengikut penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu turut berkongsi rasa duka terhadap kehilangan dua insan yang disayanginya. Begitupun, tidak kurang yang turut memuji kecantikan Vida menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram itu. Namun, terdapat komen yang turut mendapat perhatian netizen-netizen yang singgah pada hantaran yang dibuat oleh Vida. Menerusi komen yang ditinggalkan, seorang pengguna Instagram membandingkan bentuk bibir Vida yang dahulu dengan sekarang. Begitupun, komen berkenaan mendapat reaksi negatif daripada seorang lagi pengikut Vida. “Memanglah tanggungjawab untuk menegur. Tapi tengok keadaan sama sis. Menegur tak kena tempat. Tegurlah dekat lain punya post. Ni dia post pasal anak kot, orang tengah sedih. Time-time ni pulak cakap pasal bibir dia,” katanya. Sumber: Gempak |
epal_putih replied at 7-10-2022 01:02 PM
Lawa lg dulu
ADVERTISEMENT