CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Badan Melekat Di Dinding' - Doa Tepi Pusara Menjelang Konvokesyen, Lelaki Terkenang Bapa Mati Disihir

7-10-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1943| Komen: 0

Tular video seorang pemuda berdoa di sisi sebuah pusara.

Menurut Syazwan Uzri, 24, dia memuat naik video itu kerana mahu mendedikasikan kejayaannya buat Allahyarham bapanya, Samsul Uzri Abdullah yang meninggal dunia 15 tahun lalu.


Cerita Syazwan yang merupakan lepasan bidang Kewangan dan Perbankan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, dia dibesarkan oleh ibunya, Rahimah Draman, 51, selepas kematian bapanya.


mStar/TikTok

Selain ibunya, kakak Syazwan yang juga seorang anggota tentera akan hadir bagi meraikan kejayaannya dalam majlis konvokesyen yang dijadual berlangsung di kampus UUM, Sintok, Kedah pada 9 November depan.


"Video di kubur itu dirakam ketika sambutan raya. Cuma saya baru upload sebab teringat arwah abah menjelang majlis konvo. Tak sangka viral. Saya pun terharu baca komen netizen yang bagi semangat pada saya.

"Saya nak hadiahkan kejayaan ini buat arwah abah. Saya memang ingat pesanan abah sampai ke hari ini. Dia minta saya belajar pandai-pandai sebab abah dulu tak belajar tinggi.

"Abah tak nak saya jadi macam dia. Dia memang nak tengok saya berjaya," ujar anak bongsu daripada dua beradik itu.

Bercerita lanjut, Syazwan berkata dia melalui pengalaman membesar yang sukar kerana mendakwa arwah meninggal dunia akibat disihir, sekali gus meninggalkan memori duka buat mereka sekeluarga.

"Arwah abah meninggal dunia 15 tahun lepas, ketika saya berumur 8 tahun. Abah dulu seorang kontraktor, meninggal sebab buatan orang. Biasalah ada hasad dengki.

"Saya masih ingat apa yang berlaku, sebab banyak kejadian pelik. Kalau tengok filem Munafiq, sinopsinya agak sama. Abah terlantar di katil, pada satu malam dia bangun sendiri dan melekat kat dinding.

"Kami pun tak tahu nak buat apa, hanya azan dan mengaji. Kami juga ada panggil ustaz. Masa kecil saya takut sangat, sebab tu agak susah nak lupa.

"Kehidupan kami agak senang sebelum abah sakit. Selepas abah tiada, kami tiba-tiba jatuh. Rumah kena jual, kereta kena lelong," imbasnya sebak.


Syazwan dibesarkan oleh ibunya selepas dia kehilangan bapa 15 tahun lalu.

Biarpun melalui fasa kehidupan yang sukar selepas kematian bapanya, Syazwan tetap memberi fokus terhadap akademik sehingga berjaya ke menara gading.

Dalam pada itu, Syazwan turut menitipkan pesan buat anak yatim di luar sana agar terus cekal meneruskan kehidupan biarpun diuji hebat selepas kehilangan orang tersayang.

"Apabila baca komen di TikTok, ada juga yang senasib dengan saya. Jadi kami saling faham bagaimana rasanya kehilangan ahli keluarga.



"Saya juga nak jadikan video ini sebagai contoh, sebab ada anak-anak zaman sekarang yang tak peduli keluarga. Sepatutnya kita kena ingat keluarga sebelum buat apa-apa.

"Berbakti sementara mereka masih ada. Jangan apabila dah tak ada baru nak menyesal. Yang kehilangan mak ayah, saya harap anda teruskan perjuangan.

"Masa lalu tetap akan kita ingat, tapi kita boleh perbetulkan masa depan. Bina masa depan yang cerah supaya dapat beri gambaran pada orang bahawa kita tetap boleh berjaya walaupun dah tak ada mak ayah.

"Tunjukkan yang kita hebat sebab guna kekuatan sendiri tanpa sokongan mak ayah yang dah meninggal untuk berjaya," ujarnya mengakhiri bicara.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.667769 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top