Sharifah Sakinah akhirnya bersuara selepas tular dakwaan mengatakan dirinya kini hamil. Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon itu menjelaskan bahawa dirinya tidak hamil dan terlalu banyak makan ketika sedang bercuti di Dubai hingga menyebabkan perutnya kelihatan sedikit berisi.
"Tidak, saya tidak hamil. Saya hanya terlalu banyak makan di Dubai," tulisnya di IG. Dalam pada itu, rata-rata peminat turut meluahkan rasa teruja melihat gaya Sakinah yang kelihatan ‘rock’ dengan imej botak.
Terdahulu, Sakinah mengumumkan bahawa dia dan seorang jejaka bernama Michael Hansen telah sah menjadi suami isteri, Jelas Sakinah, dia tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya itu lebih awal atas faktor peribadi. Sakinah sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Mei 2020. Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT