CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ubat Batuk Beracun Bunuh Kanak-kanak

7-10-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1039| Komen: 5

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyiasat beberapa ubat tercemar yang didapati mengandungi bahan ki­mia berbahaya dengan sebahagian besarnya adalah bagi kegunaan pediatrik, lapor laman berita Wion News kelmarin.


WHO mengeluarkan amaran bahawa ubat batuk dan selesema  toksik itu dipercayai mempunyai kaitan  dengan kematian seramai 66 kanak-kanak di negara Afrika Barat, The Gambia.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu berkata, ubat  tersebut ialah ubat  batuk dan selesema dalam bentuk sirap yang dihasilkan oleh syarikat Maiden Pharmaceuticals Limited, berpangkalan di India.


Gambar hiasan


“WHO hari ini (kelmarin) mengeluarkan amaran produk untuk empat jenis ubat tercemar yang dikenal pasti di The Gambia. Ubat tercemar ini  berkemungkinan mempunyai kaitan dengan sebilangan kes kecederaan buah pinggang akut serta kematian 66 kanak-kanak. 

“Empat ubat  tersebut melibatkan si­rap batuk dan selesema yang dihasilkan oleh Maiden Pharmaceuticals Limited di India.

“WHO sedang menjalankan siasatan lanjut bersama syarikat tersebut dan pihak berkuasa kawal selia ubat-ubatan di India,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi beberapa kenyataan di laman Twitter.

Empat ubat  yang dikenal pasti ialah  Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.

“Setakat ini, syarikat pengeluar (ubat-ubatan) tersebut masih belum memberikan jaminan keselamatan dan kualiti produknya kepada WHO.

“Analisis makmal bagi sampel-sampel produk mengesahkan bahawa ia mengandungi kuantiti dietilena glikol dan etilena glikol yang tidak boleh diterima, sekali gus menjadikannya sebagai bahan pencemar,” tambah Tedros.

Kesan toksik bahan tersebut adalah termasuk sakit perut, muntah, cirit-birit, ketidakupayaan untuk membuang air kecil, sakit kepala, keadaan mental yang berubah dan kecederaan buah pinggang akut sehingga  membawa kepada kematian.

Menurut WHO, maklumat yang diterima daripada Pertubuhan Kawalan Standard Ubat Pusat India menyatakan bahawa syarikat pengeluar hanya membekalkan ubat yang tercemar itu ke The Gambia. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 7-10-2022 02:27 PM
Ubat apa jenis pon nak bg anak kena bawak jump doctor bukan pki beli jerr
Quote Suchi 7-10-2022 02:32 PM
Risau plak,  nk bg anak prosfan ni harap ok la ngn budak.
Stok dh takde kat farmasi cuma ada baki 2-3 sachet lat rumah ni.
Kat shopee kemain mahal dorang jual padahal iols beli kat farmasi belas2 ringgit je sekotak.
Kemain main harga sbb ubat tu dh lama takde stok kat farmasi maybe sbb ada yg beli byk2 sorok pastu jual mahal2.
Quote Gomea 7-10-2022 03:34 PM
Kalau kat gomen, budak2 bawah 2 tahun tak dibenarkan ambik ubat batuk. Tapi kalau swasta, depa bagi je.
Quote Page88 8-10-2022 09:05 AM
Why am I not surprised.
Quote hayrin86 8-10-2022 09:06 AM
Mudah-mudahan ubat batuk begini jangan berjualan..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.034004 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top