CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazley Yaakob Cipta 3 Menu Baharu "Citarasa Restoran" Buat Pesakit Di Beberapa Hospital Swasta Terkenal

7-10-2022 07:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3549| Komen: 29





Datuk Fazley Yaakob kini semakin dikenali dan menjadi nama besar dalam dunia kulinari apabila menjadi antara cef selebriti terkenal sejak bergelar juara program MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama 10 tahun lalu.

Sebelum ini Fazley atau Ahmad Fazli Yaakob, 44, menjadi rebutan beberapa jenama terkenal yang berkolaborasi dengannya termasuk menjadi cef jemputan di Hotel Four Seasons dan juga memperkenalkan menu baharu kepada Starbucks Malaysia.

Terbaharu, Fazley kini berkolaborasi bersama IHH Healthcare dengan menyediakan tiga menu baharu untuk pesakit di beberapa buah hospital swasta terkenal di Malaysia.



Mengulas mengenai perkara itu seperti mana dilaporkan di portal hiburan mStar, Fazley menyifatkan kolaborasi itu sebagai impian yang menjadi kenyataan dan berharap menu disediakan akan memberi kelainan kepada hidangan yang diberikan kepada pesakit.

"Sebagai seorang cef saya sudah berkolaborasi dengan banyak jenama, saya tak sangka dapat jenama yang saya impikan.

"Kolaborasi bersama jenama hospital ini juga merupakan impian saya yang sudah idamkan sejak bergelar seorang cef," katanya.



Menerusi kolaborasi itu, penyanyi lagu Asmara Ini memperkenalkan tiga menu baharu iaitu Roti Bakar dan Salted Butter, Mee Tuaran serta Laksa Negeri Sembilan yang juga ideanya sendiri.

Kerjasama bersama IHH Healthcare itu adalah bersama 16 rangkaiannya yang turut melibatkan Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.


Fazley turut memberitahu dia mengambil tempoh setahun untuk mengenal pasti kehendak dan kemahuan pelanggan selain menjalani kaji selidik di media sosial bagi mengetahui pendapat orang ramai.

Menerusi kajian itu, Fazley turut membuat senarai mekanan popular yang diinginkan sekiranya mereka di tahan di wad.


Bagaimanapun kata Fazley, menu yang dihasilkan adalah khusus untuk pesakit biasa dan bukan untuk mereka yang memerlukan diet khas.

Apapun, tahniah buat Fazley kerana selangkah lagi kehadapan untuk pencapaian besar ini. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 7-10-2022 05:26 AM
Klau la heols ni xpoyo, x selfie senget, lg bagus. Btw, jauh sgt gmbo tu. Nk tgk mana gmbo menu?
Quote Perawankota 7-10-2022 05:57 AM
Masalahnya, yang kat setabak tu pon tak sedappppplaaa
Quote rbmy 7-10-2022 06:45 AM
Perawankota replied at 7-10-2022 05:57 AM
Masalahnya, yang kat setabak tu pon tak sedappppplaaa

ye ke tak sedap? nasib tak try. tp kata iklannya semua laku keras.
Quote makton 7-10-2022 07:36 AM
ape je menu yg dia ni masak, smua aku rasa mcm tak sedap.
yg kat sukesuki tu pun ntah ape ke rasanya
Quote bynroslan 7-10-2022 07:52 AM
Putus selera kalau ada cap dia ni kat makanan. Nasib baik orang yg belanja makanan dia kat Starbucks tu, kalau duit sendiri memang takkk la. Tak sedap pada selera aku, tapi lain org lain lidah la kan
Quote bynroslan 7-10-2022 07:53 AM
Takkan diorang nak ngaku tak laku ye tak? haha tapi peminat dia kan ramai, so mungkin diorang tu la yang support
Quote annadonna 7-10-2022 07:55 AM
Ada je yg sedap menu dia kat starbucks tu. Ikut selera masing masing kot. Iols ok je dgn pakcik ni. Nampaklah dia bekerja cari rezeki. Klu tak karang netizen cop biawak misai kontot pulak
Quote elzy 7-10-2022 08:09 AM
Kat Starbucks tu pun x menyelerakan, ni pula kat hospital..
Quote redz85 7-10-2022 08:34 AM
kalau kat hospital, aku suka makanan western..

nasi & lauk pauk makin lemah badan aku
Quote sangbara2020 7-10-2022 08:36 AM
xtau kenapa aku xsuka dia nih drp awal kemunculan dia
Quote September14 7-10-2022 09:06 AM
Sedap pun tiber ada muka dia trus x jadik beli… kang nak mkn tbyg muka dia senyum senget dgn mata pkai contact lenses tu… koser
Quote acikku 7-10-2022 09:09 AM
menu2 dia yang kat stabak tu asal nak try je, tetibe tak jadi, ntahlah...mungkin nak pelihara lidah kut
Quote duri_durians 7-10-2022 01:39 PM
aku respek la sbb byk berusaha cari peluang dia ni.

sedap ke tak tau la sbb menu yg kat starbuck pn aku tak pernah rasa.
Quote BknMaksum 7-10-2022 01:41 PM
September14 replied at 7-10-2022 09:06 AM
Sedap pun tiber ada muka dia trus x jadik beli… kang nak mkn tbyg muka dia senyum senget dgn mata p ...

Lmao iols pon tak sanggop
Quote MissVixen 7-10-2022 02:34 PM
Apa2 produk muka dia, memang tak sedap. Sama la macam santan cair tu. Kenapa la syarikat2 ni ambik scammer ni jadi duta. Sedap sangat ke masakan dia? Rupa pun macam pondan. Pelik betul aku.
Quote lasagna 7-10-2022 02:37 PM
terpaling chef skrg dah dia...
Quote Perawankota 7-10-2022 03:56 PM
rbmy replied at 7-10-2022 06:45 AM
ye ke tak sedap? nasib tak try. tp kata iklannya semua laku keras.

Tak sedap kat tekak kita ni.. Yang tak tau nak merasa mungkin lah beli.. Yang dah pernah beli dan tak suka mungkin tak kan beli dah. Tk kena dengan tekak.. Iklan kan biasanya over claimed.. Ujung2 kecil je tulis, gambar hanya sekadar ilustrasi hahah
Quote LadyCarefree 7-10-2022 04:03 PM
Dulu katanya Starbak tu jenama idaman kan?
Quote jiwarasa 8-10-2022 01:44 AM
dia memang belajar dalam bidang kulinari ke dulu?
teringat abam mat sabu pulak

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.124463 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top