CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Satu Persatu Anak Saya Mati Mengejut", Karl Shafek Panik 7 Ekor Kucing Mati Tanpa Sebarang Simptom

7-10-2022 07:23 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4345| Komen: 46



Bayangkan kucing kesayangan anda tiba-tiba saja mati tanpa sebarang simptom, pasti anda akan merasa panik dan susah hati kan. Itulah perasaan pengacara dan pereka fesyen Karl Shafek apabila kucing kesayangannya tiba-tiba jatuh sakit dan mati secara mengejut.

Bukan seekor tapi tujuh ekor kucingnya mati secara mengejut!

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 42, berkata, doktor veterinar mengesahkan punca kematian tersebut akibat virus parvo yang sering menjangkiti haiwan berkenaan.

Pemilik jenama NEONATE itu turut meluahkan rasa sedih melalui laporan mStar apabila tujuh daripada 30 ekor kucing peliharaannya mati mengejut secara berturut-turut dalam tempoh lima hari.


"Memang sedih dan terkejut apabila setiap hari balik rumah selepas kerja kebelakangan ini ada sahaja kucing saya yang mati. Bermula daripada seekor dan sekarang sudah tujuh ekor mati.

"Kesemuanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Jadi saya pun tak syak ada masalah virus berkenaan."

"Saya pelik juga sebab semuanya saya letakkan di dalam rumah. Bagaimanapun doktor veterinar memberitahu virus parvo mungkin boleh merebak melalui udara dan lalat," katanya



Karl terdahulu berkongsi mengenai tujuh ekor kucingnya menerusi Instagram Story miliknya pada Isnin lalu.


Pada Mei lalu juga Karl telah kehilangan seekor kucing kesayangannya bernama Bobby.


Sebagai pencinta kucing, Karl berkata kehilangan haiwan peliharaannya itu pastinya memberikan kesan mendalam buatnya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 7-10-2022 04:14 AM
sedihnya. semoga dapat ilmu jaga majikan dr peristiwa sedih ni.
Quote stingergrumpy 7-10-2022 05:18 AM
Hopefully this could not be sign of things to come...semalam terjadi scenario gerombolan gajah berjemaah naik ke atas bukit la ni kucing mati one after another .......macam pelik tapi benar....

Semoga TUHAN terus menjaga kita dan bumi kita, dan tidak murka dgn sikap kerakusan kita atau mungkin alam iteww sendiri telah enggan lagi bersahabat dgn kita...NAUZUBILLAH

Quote makadek 7-10-2022 07:32 AM
Parvo nii kucing aku sblm kiteorg kena cobid dia dmm dulu, dia dh nk smbuh kiteog kna covid dlm kiteorg nk sembuh tiba2 mak kucing aku mati
Mmg aku syak semua kena covid
Quote elzy 7-10-2022 08:20 AM
Seekor pun sedih bila mati apatah lagi 7 ekor..
Quote ibu_haritz 7-10-2022 08:24 AM
ye mcm kucing iols 2bln lps mati mengejut
3 dewasa
3 baby..
Quote bulalof 7-10-2022 08:27 AM
how is he doing and coping now?
Quote lasagna 7-10-2022 08:29 AM
besar betul dugaan skali 7 mati.. aku sekor kucing pun dah meratap kesedihan apa tah lg smp 7 ekor?? aduhhhh bleh kemurungan ooiiii..
Quote Gianna111 7-10-2022 08:44 AM
ada apek cina ajar i kalau ada kucing dan anjing mati.pisahkan rumah mereka.aku hari tu sedih juga..anak anjing mati hari sabtu,hari rabu mati lagi sekr.kebetulan cina tu lalu sekitar rumah.dia bgtau aku petua ni.boleh try.
Quote hzln 7-10-2022 08:56 AM
Yg kat rumah ni yg kecik2, mmg mati gitu ajer, pkl 8mlm elok makan takde sakit takde apa, bangun pagi esok dah keras kejung.
Quote esbok 7-10-2022 09:02 AM
Gianna111 replied at 7-10-2022 08:44 AM
ada apek cina ajar i kalau ada kucing dan anjing mati.pisahkan rumah mereka.aku hari tu sedih juga.. ...

term lain dia, kuarantin
Quote acikku 7-10-2022 09:05 AM
sedihnya...walaupun acik bukan peminat kucing tapi bila baca kisah kucing mati tetaplah sedih
Quote arffa 7-10-2022 09:09 AM
Aku dah rasa kucing mati menangis weh, kat rumah ni kucing jangan marah depan aku nanti sentap. walaupun hampir tersadung kaki sebab peel semua suka duduk kat kaki tapi tetap sayang. kalau parvo kena sanitize sangkar buh klorok. it's happened kalau ada kucing stray  yang join sekali unless kalau kucing kita memang duduk luar rumah.
Quote Gianna111 7-10-2022 09:17 AM
esbok replied at 7-10-2022 09:02 AM
term lain dia, kuarantin

yah sistur.tepat..letakan mereka jauh jauh walaupun mereka kerinduan untuk bergaduh sesama sendiri.anak anjing sayayang 2 ekor tu selamat.
Quote nicolebaby 7-10-2022 09:30 AM
kalau yang cepat macam tu....selalu nya parvo. nampak macam ada bekas muntah kuning kat gambar meow dia.
Quote cikatilia 7-10-2022 09:38 AM
confirm parvo..
silap2 combo sama dry fip

sedihnya...
Quote shuk_one 7-10-2022 10:38 AM
parvo ni memang kena asing kucing kalau dah terkena.. semua bekas kucing kena clorox.. virus tu kekal lama sekeliling rumah, vaksin lah kucing masing2
Quote capwayang 7-10-2022 10:47 AM
..parvo ni dia lebih kurang macam covid with no symptoms pada kucing. Dah pernah jadi padaku dulu.
Quote prettyuglybabe 7-10-2022 11:09 AM
ingatkan letak dalam rumah selamat la dari penyakit semua..
rupanya boleh juga faktor luar ye?
risau anak-anak i walaupun semua vaksin..
kesian dorang terkurung tapi i tak sanggup nak lepas takut kutu and penyakit..
Quote azimodin 7-10-2022 12:24 PM
Kalau sekor dah kena parvo, memang high risk dah yg lain tu. Kena asingkan yg masih hidup & bersihkan kandang. Bersihkan pon x cukup 1 kali. Ada sekali tu kucing abang i kena parvo, terpaksa dia angkut yg masih hidup quarantine kat rumah mak. Nasib baik la rumah kat kampung banyak kandang.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.082750 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top