CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Polis Bunuh Diri Selepas Tembak Mati 23 Kanak-Kanak Di Pusat Jagaan

6-10-2022 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4826| Komen: 50

BANGKOK – Seorang bekas anggota polis yang bersenjatakan senapang, pistol dan pisau menyerang sebuah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut Thailand hari ini, dan menembak mati sekurang-kurangnya 30 orang termasuk kanak-kanak sebelum membunuh diri serta keluarganya.


Penyerang tersebut dilaporkan melepaskan tembakan di pusat jagaan di wilayah Nong Bua Lam Phu sekitar pukul 12.30 petang (waktu tempatan) sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan.

“Angka kematian dalam insiden tembakan tersebut adalah sekurang-kurangnya 30 orang,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri Thailand, Anucha Burapachaisri.

Foto: viral Press

Sementara itu, Kolonel Polis Jakkapat Vijitraithaya dari wilayah Nong Bua Lam Phu berkata, penyerang dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, seorang bekas kolonel leftenan yang dipecat daripada jawatannya disebabkan penyalahgunaan dadah.

Tambah Jakkapat, 23 kanak-kanak adalah antara yang terbunuh, berusia antara dua hingga tiga tahun.

Insiden tembakan rambang jarang berlaku di Thailand. Pada 2020, seorang askar membunuh 21 orang dan mencederakan puluhan yang lain dalam kejadian di bandar of Nakhon Ratchasima. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-10-2022 05:32 PM
Uih, ngeri. Syukur bukan di Malaysia.
Quote dua_chzy 6-10-2022 05:32 PM
Nak research kes ni jap.
Quote dua_chzy 6-10-2022 05:37 PM
Sedih.

[youtube]xunTdWdpcMo[/youtube]
Quote Carcosa 6-10-2022 05:51 PM
Aduh murung laaaaaaa
Kenapaaa.. Knp budak2 kecik???? Kenapa kau tak tembak je kepala kau 23 kali hah?!!!
Heihhhh semoga kau masuk neraka lah babiiiiii
Quote Carcosa 6-10-2022 05:52 PM
dua_chzy replied at 6-10-2022 05:37 PM
Sedih.

Ehhh takboleh la Teacherrrrr  
I cannottttt
Quote dua_chzy 6-10-2022 05:55 PM
Carcosa replied at 6-10-2022 09:52 AM
Ehhh takboleh la Teacherrrrr   
I cannottttt

Aiol pun sebak iya dengar mak2 tu meraung menangis. Pedih dan sakit sangat bunyinya.

Mudah2an hal sebegini takkan berlaku di Malaysia.

Quote Highflyer19 6-10-2022 06:01 PM
Memang brutal…balas dendam sbb kena pecat kes dadah
Quote dua_chzy 6-10-2022 06:03 PM
Tak faham kenapa dia p bunuh budak kecik. Apa dia tak puas hati dengan penduduk di situ ka kot2 meka ada ngumpat dia ka apa lepas dia disgraced kena buang kerja?

[youtube]jFzc0Hqi0P0[/youtube]
Quote nirose 6-10-2022 06:05 PM
I kenot.. baca dan dengar mak mak melolong.. kita pulak yg lembik lutut..
Quote awanearisu 6-10-2022 06:08 PM
Astaghfirullah..
Tergamaknya mengambil nyawa anak orang lain yang tidak berdosa.

Salam takziah kepada keluarga mangsa. Ini merupakan tragedi yang amat meruntun jiwa.
Quote rosedemon 6-10-2022 06:52 PM
ya ampun takleh byg klau ank aku yg jadi magsa
Quote dua_chzy 6-10-2022 06:58 PM
Pengecut ni mula2 tembak 5 orang pekerja day care tu sebelum pi bunuh budak2 tu masa mereka sedang tidur dengan menikam dan menembak mereka. Bilik tu berkunci tapi dia pecah masuk.

https://www.google.com/amp/s/www ... d-asia-63155169.amp

Pehtu bila jadik buruan, senang2 je ko bunuh diri kan. Siap kasik mati wife dan anak ko. Memang jantan sial bangsat tak guna semoga straight away masuk neraka level paling berat seksaan.
Quote Nenolen 6-10-2022 06:59 PM
Allahuakhbar…tak berani tgk ytube video tu…nnt sedihhhh melampau
Quote Nenolen 6-10-2022 07:01 PM
dua_chzy replied at 6-10-2022 06:58 PM
Pengecut ni mula2 tembak 5 orang pekerja day care tu sebelum pi bunuh budak2 tu masa mereka sedang t ...

Mmg jantan sial bangsatttttt
Quote dani-rox 6-10-2022 07:05 PM
Tambah Jakkapat, 23 kanak-kanak adalah antara yang terbunuh, berusia antara dua hingga tiga tahun.


pengecut sampai ke mati, cuma berani dgn budak kecik yg tak berdosa. harap bangkai hanat nih dibakar mcm sampah dan dibuang ke dlm sungai.
Quote Suchi 6-10-2022 07:07 PM
Edited by Suchi at 6-10-2022 07:10 PM

Vavirinanya la haaaii apa salah budak2 kecik tu
Baru 2-3 tahun kat dunia ni, sian mak pak dorang letak anak kat taska pi keje tak sangka plak kena tembak.
Selama ni risau anak kena dera sekali kena tembak plak, sama la mcm manoksia2 yg pi tembak budak sekolah bagai.
Quote emera 6-10-2022 07:15 PM
Harap mayatnya digantung somewhere kepala ke bawah & dibiarkan mereput. Lagi elok kalau gantung kat sungai ada buaya. Tak payah nak buat pengebumian. Itu je yg sesuai utk org tak berguna mcm ni. Pengecut. Bunuh diri takut org kerjakan. Tak pe. Kerjakan je mayat dia cukup2.
Quote bedahdavas 6-10-2022 07:21 PM
Kesialan apa kah tu?
Quote dudaberhias 6-10-2022 07:38 PM
muka macam muka komunis... gila ke apa budak2 pun di tembaknya sampai mati... dah la budak2 belah utara thailand tu majoriti orang susah... sebabtu taik2 dadah ni elok tembak mati je awal2... iols kalau iols jadi menteri memang habis dah ala2 filipina tu... tembak mati jah semua penagih, pengedar...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069710 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top