Single baharu bintang hip hop, Joe Flizzow berjudul Satu Malam Di Temasek (SMDT) mendapat pengiktirafan kehormat atau 'honorble mention' bagi kategori video muzik hip hop terbaik pada International Music Video Awards (IMVA) di Budapest, Hungary.
Penerbit Eksekutif video muzik itu, Edwin Raj berkata, pengiktirafan itu dianggap sangat berharga bagi syarikat yang menerbitkan produk muzik termasuk berkonsep hip hop. "Kami sangat gembira dengan anugerah khas ini apabila SMDT meraih pengiktirafan bagi kategori video muzik hip hop terbaik," katanya. Berkongsi pengalaman menghasilkan video muzik SMDT, Edwin berkata, banyak cabaran terpaksa dihadapi pasukan produksi.
"Idea Diffan sebagai pengarah sangat segar dan berbeza. "Menerbitkan sesuatu yang belum pernah dibuat orang, pasti ada cabaran. Apa yang penting, bagaimana kita mengatasinya dan nasib baik kami mampu melaluinya. "Kita mesti cuba sesuatu sekali. Kami hantar video itu dengan pemikiran 'belum cuba, belum tahu'. "Kami sedia hadapi apa sahaja keputusan. Tetapi sudah tentu, simpan harapan untuk menang," katanya. Edwin percaya faktor kemenangan klip video SMDT adalah perbezaan yang ditampilkan serta keberanian melakukan sesuatu di luar ruang selesa. "Kami gali sebuah kubur dan Joe menyanyi dalam kubur itu. Ia memang gila! "Ini juga lebih artistik dan pesanan disampaikan sangat subjektif. "Kami nampak banyak komen penonton dengan interpretasi masing-masing dan inilah yang membuatkan ia menarik," katanya. Edwin berkata, pencapaian pada IMVA bagi bulan Ogos, dianggap suatu peringatan mengenai apa yang diusahakan mereka selama ini.
|
Acikgomen replied at 6-10-2022 09:56 PM
Budak subang jaya jalan kepak2 ada gaya
ADVERTISEMENT