CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Had Masa Shooting 12 Jam Je, Elak Pelakon Dan Kru Lunyai

6-10-2022 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 857| Komen: 2

Pelakon dan kru produksi 'lunyai' antara isu membelenggu industri perfileman serta drama selepas peralihan ke fasa endemik.

Ia berikutan tempoh penggambaran tidak menentu, lebih masa dan menjadi kucar-kacir disebabkan kebanyakan syarikat produksi terpaksa mengejar jadual tayangan selepas penggambaran tertangguh selama dua tahun.

Biarpun kerap kali menjadi bahan perdebatan, namun isu berkenaan masih dipandang remeh, sedangkan ia menjadi aspek penting membabitkan kualiti dan produktiviti.

Enggan masalah kerja lebih masa menjadi isu lebih serius, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sedang mencari formula terbaik agar sistem dan jadual pelakon serta kru produksi lebih teratur.

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, ia juga dapat membela kebajikan pelakon dan kru yang tidak cukup rehat apabila terpaksa menyelesaikan penggambaran dengan segera disebabkan mengejar jadual tayangan.


Foto: IG

"SENIMAN cadang mengehadkan tempoh kerja penggambaran kepada 12 jam sahaja. Ia sudah dibincangkan, namun, masih pada peringkat kajian kerana membabitkan banyak agensi dan kementerian.

"Sebelum usul ini dibawa kepada Kementerian Sumber Manusia, kami perlu data untuk menyokong cadangan.

"Sebelum ini, SENIMAN dan Universiti Multimedia (MMU) pernah membuat kajian 'Ketagihan, Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Selebriti Tempatan: Kajian Terhadap Industri Filem, Televisyen dan Muzik'.

"Antara penemuan hasil kajian yang dibiayai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah kebanyakan selebriti yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah kerana terpaksa bekerja lebih masa.

"Berdasarkan data ini, SENIMAN akan lihat bagaimana ia boleh selari dengan prosedur dijalankan kementerian supaya bekerja lebih masa dalam kalangan pelakon dan kru produksi dapat dielak," katanya kepada BH Online.

Cadangan mengehadkan masa bekerja dalam kalangan penggiat seni turut dipersetujui kebanyakan persatuan seni seperti Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).

Bagaimanapun, Zed berkata, perkara itu mungkin mengambil masa dilaksanakan kerana perlu melalui pelbagai fasa.

"Contohnya, isu caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) penggiat seni. SENIMAN perjuangkan isu ini sejak 2012, namun baru dapat dilaksanakan, dua tahun lalu.

"SENIMAN perlu melalui pelbagai fasa dan berdepan kerenah birokrasi. Jadi, cadangan tidak bekerja lebih masa juga mungkin menuntut masa agak panjang.

"Walaupun sudah ada data sokongan, SENIMAN ambil pendekatan tidak mahu terburu-buru. Kami juga tidak mahu mengambil risiko dalam situasi kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan,

"Kami tidak mahu jika usaha mula dijalankan, berlaku pertukaran kerajaan menyebabkan segala perancangan terbantut," tegas Zed yang juga Ahli Lembaga Pengarah di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Ditanya apakah praktikal mempunyai tempoh bekerja tertentu seperti bidang pekerjaan lain, Zed berkata, perkara itu turut menjadi pertikaian penggiat seni.

Bagaimanapun, jelasnya, ia boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian dan budi bicara produksi.

"Perkara ini sangat subjektif kerana jika pembikinan filem hantu pasti penggambaran dilakukan pada waktu malam.

"Namun, apa yang menimbulkan masalah jadual pelakon dan kru tidak disusun dengan baik.

"Contohnya, ada pelakon dikehendaki berada di lokasi seawal jam 8 pagi, sedangkan dua atau tiga jam kemudian baru penggambaran bermula.

"Untuk mengelak pembaziran masa, harus perlu ada formula terbaik supaya dapat mengehadkan masa bekerja pelakon dan kru," katanya.

Tambah Zed, pelakon dan kru perlu dibayar elaun lebih masa jika penggambaran lebih 12 jam sehari.

"Dengan perkembangan teknologi, cara penggambaran juga sudah berubah. Kalau dahulu guna satu kamera, kini boleh guna tiga kamera.

"Sepatutnya, cara ini boleh menjimatkan masa, tetapi penggambaran tetap habis hingga jauh pagi. Kena ingat, bidang lakonan membabitkan stamina dan emosi.

"Jika pelakon dan kru penat, bagaimana mahu menghasilkan produk berkualiti?," soal Zed. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 6-10-2022 06:48 PM
ok thank bam jed jaidi bela nsib retis2 semalaya
Quote elzy 7-10-2022 08:58 AM
Harap serious laa Bam Jed memperjuangkan nasib artis Malaysia..
Belajar dari artis lama yang hidup susah tanpa dibantu..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.171094 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top