CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rebecca Nur Al-Islam Hamil Anak Ke-6 Tapi Mungkin Akan Digugurkan

6-10-2022 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6459| Komen: 45

Berita gembira yang diumumkan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengenai kehamilan anak keenam rupa-rupanya turut datang dengan khabar duka.

Rebecca, 36, berkata, kandungan itu berisiko tinggi kerana sebelum ini kesemua cahaya mata yang dilahirkan adalah menerusi pembedahan dan mungkin membahayakan dirinya kelak.

Foto: IG

Apa lebih meruntun jiwa, Rebecca memberitahu ada kemungkinan dia tidak dapat meneruskan kehamilan itu bagi mengurangkan risiko ketika bersalin.

"Sebenarnya di sebalik berita gembira ini, saya dan suami perlu menerima hakikat bahawa kandungan kali ini sangat berisiko untuk saya.


"Esok kami akan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui sama ada kandungan ini boleh diteruskan atau pun tidak," katanya ketika dihubungi mStar.


Menjelaskan mengenai kehamilan itu, Rebecca berkata, ia berisiko kerana akan menyebabkan kemudaratan terhadap diri termasuk risiko kematian ketika bersalin.

"Sekiranya saya pilih untuk meneruskan kehamilan ini, bayi akan selamat tetapi saya tidak.

"Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pemeriksaan dan keputusan yang akan diberitahu doktor nanti," jelasnya.



Dalam pada itu, Rebecca mengakui berasa teruja apabila disahkan hamil walaupun tidak menyangka bakal bergelar ibu lagi.

Kata Rebecca, dia tidak kisah mempunyai anak yang ramai kerana dia sendiri memang sukakan kanak-kanak.


"Saya pada awalnya terkejut juga kerana tak merancang untuk hamil. Tetapi ini semua rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

"Saya tak kisah mempunyai ramai anak kerana rumah saya sekarang pun dah macam sebuah tadika," katanya.

Sementara itu, pelakon ini memohon agar peminat mendoakan kandungannya berada dalam keadaan baik dan dapat menempuh tempoh kehamilan tanpa sebarang masalah.



Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.

Rebecca turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel yang kini berusia 14 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-10-2022 05:07 PM
Semoga dipermudahkan
Quote aldilla_zahraa 6-10-2022 05:10 PM
Kesian. Kena consider BTL kot sis kalau failed contraceptions
Quote AKAZ85 6-10-2022 05:37 PM
Murah betul rezeki dia ni senang je pregnant.. Sama dengan bini alipsotong
Quote Nenolen 6-10-2022 05:41 PM
Moga yg baik2 shj buat Becca…
Quote oggy 6-10-2022 05:43 PM
Setau i kalau dah tau berisiko for next pregnancy doktor akan advise utk ikat siap2 lepas operate. Tak adalah pregnant lagi lepas tu kena gugurkan.
Apapun, semoga dipermudahkan urusan beliau. Sedih jugak kalau jadi mcm ni.
Quote alieyrina 6-10-2022 06:34 PM
Kenapa anak2 yg dulu dia p caesar semua.takleh beranak normal kaa. Tapaham akum
Quote rosedemon 6-10-2022 06:46 PM
5 kali czer hebat nokkk
Quote cheezel 6-10-2022 07:00 PM
Pandai dia jaga laki
Quote Suchi 6-10-2022 07:25 PM
Malas nk cakap, sbb mmg ramai je mak2 yg dh byk kali czer tetap nak buntis lagi dan lagi.

Memandangkan anak2 ko pun kecik2 lg jd paham2 sendirila  nyawa sapa yg lebih penting kan
Quote babysolaris 6-10-2022 08:14 PM
bukan adam ni anak first dia ke? and yg aurora tu yg anak angkat..?
Quote bintangct 6-10-2022 08:16 PM
la baru 36.  igtkn dh 40
Quote Nham22 6-10-2022 08:37 PM
Ya awlah mak nye punyelah tak prihatin.. Anak dah besau panjang isap susu botol lg... Kantoi nampak nau jarang nengok anak tu.. Semue serah maid....
Quote uda 6-10-2022 09:19 PM
oggy replied at 6-10-2022 05:43 PM
Setau i kalau dah tau berisiko for next pregnancy doktor akan advise utk ikat siap2 lepas operate. T ...

Betul tu. Dan kenapa dia mesti tunggu sampai 2 bulan baru nak buat decision.
Patutnya buat decision once dah lambat period.
Quote nena9042 6-10-2022 09:27 PM
5 csect? Wau ai yang 3 kali pun dr dah advised BTL terus sebab 2 emergency, high risk. Tapi sedih jugak kalau kena gugurkan.
Quote DeLuna85 6-10-2022 09:28 PM
36. Tak la tua sangat. Ingat dah cecah 40. Tak sorang pun anak dia ikut muka dia kan. Suka jugak tgk dia bercakap. Lembut je. Anak2 pun comel.
Quote Dolmat 6-10-2022 09:32 PM
Edited by Dolmat at 6-10-2022 09:33 PM

Adek aku tiga kali C-section dah kena sound dgn doctor go for ligation jarak anak selang setahun dua untuk keselamatkan adek aku..
Quote imanjannah 6-10-2022 11:21 PM
alhamdulillah.. tahniah
Quote CurangLagi 6-10-2022 11:26 PM
Edited by CurangLagi at 6-10-2022 03:27 PM

Semoga dipermudahkan.

BTW..

Anak laki yg pki spec tu anak dia eh? Baju lain dr yg lain2
Quote captainQUE 6-10-2022 11:26 PM
I terbayang Sebab dah 5 kali operate tetiba kali ni nak go for normal, perut Dia burst Sebab dah 5 kali operate ????????????…

Mungkin Ke berlaku? Seramnya

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.198182 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top