CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Sebab Balik Lambat- Lelaki Cekik Dan Bunuh Saudara Perempuan, Gantung Mayat Pada Paip Gas

6-10-2022 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1538| Komen: 4

ANKARA – Seorang lelaki di Turki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana didapati bersalah mencekik leher saudara perempuannya sehingga mati sebelum menggantung mayat mangsa pada paip gas kerana pulang lewat ke rumah ketika keluar pada waktu malam, lapor akhbar Mirror UK.


Selim Kantar, mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh saudara tirinya, Dilsen Avci, 30, di rumah keluarga mereka di daerah Pursaklar, Ankara pada 27 Jun 2020.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung pada batang paip gas oleh ibunya sendiri.


Foto: Newsflash

“Saya akan melakukannya sekali lagi,” kata Kantar semasa perbicaraan mahkamah.


Punca kematian Avci pada awalnya dianggap sebagai bunuh diri.

Bagaimanapun, punca kematian sebenar akhirnya dikesan selepas Kantar sendiri mengaku bahawa dia telah mencekik mangsa dalam sepucuk surat yang dikirimnya dari penjara ketika dihukum untuk jenayah lain.

Dia ditahan sebulan selepas membunuh saudara tirinya dan mengaku melakukan jenayah itu selepas sembilan bulan berada di penjara.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas Kantar selepas melihat rekod jenayah lampau yang dilakukannya, selain dakwaan bahawa dia tidak menyesali perbuatannya. 

Ini bermakna, Kantar hanya boleh dipertimbangkan untuk dibebaskan hanya selepas menjalani hukuman penjara selama 30 tahun. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 6-10-2022 02:00 PM
Memang penjenayah tegar dia ni! No regrets langsung!
Quote rosedemon 6-10-2022 03:25 PM
blom dapat tandingi dahmer
Quote Highflyer19 6-10-2022 06:35 PM
Ingatkan di india tupanya turki…marah yg tk blh dikawal
Quote dani-rox 6-10-2022 09:40 PM
si mati umur 30thn pun masih nak control. dahlah saudara tiri, sibuk jah jantan sial nih nak soh org ikut telunjuk dia.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.069022 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top