CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Panik Tangan Misteri Tiba-Tiba Muncul Bawah Pintu Tandas Awam

6-10-2022 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1540| Komen: 6

JAKARTA – Seorang lelaki berkongsi pengalaman menakutkan namun lucu semasa menggunakan tandas awam di Indonesia apabila terdapat tangan ‘misteri’ yang muncul di bawah pintu semasa dia sedang membuang air besar, lapor laman berita Suara.com.


Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Tiktok @parodireceh.id, lelaki itu pada mulanya panik apabila melihat terdapat tangan tiba-tiba muncul di bawah pintu.

Pada mulanya dia menyangka ada individu yang cuba mengintai ke dalam atau cuba membuka pintu.




Namun rupa-rupanya, ia merupakan tangan seorang pencuci tandas yang ingin mengelap batang besi pintu tandas tersebut.


“Akan ku bersihkan setiap sudut tandas meskipun ada yang tertutup atau terkunci,” tulis kapsyen video tersebut.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi lucu pengguna media sosial yang dalam masa sama mempertikaikan tindakan pencuci tandas itu.

“Harap bersabar dahulu sehingga pengguna keluar tandas jika mahu menjalankan tugasan sekali pun,” komen seorang pengguna media sosial. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zacEfron 6-10-2022 12:02 PM
sudah lama tak masuk forum indon ni.. bosan
Quote Highflyer19 6-10-2022 12:31 PM
Ingat nak tolong cebokkan…
Quote KamikuP 6-10-2022 01:36 PM
Sambil cuci sambil skodeng + ngentot kah?
Quote batmana 6-10-2022 02:28 PM
skali tgh kencing terkajut , abis tala kene tgn tu
nayer aja

terlebih rajin cleaner ni..
Quote rosedemon 6-10-2022 03:24 PM
alasan je tu nk cuci padahallll
Quote sangbara2020 6-10-2022 04:10 PM
xbau busuk ke...yekkk

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.029817 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top