CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Murid Miskin- Tolak Masuk MRSM, Duduk Rumah Buruk, Terpaksa Ponteng Sekolah Untuk Jaga Mak Ayah

6-10-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6105| Komen: 89

Antara perkara menyedihkan dalam hidup apabila seseorang yang bijak tidak berpeluang untuk meneruskan pembelajaran disebabkan kekangan tertentu.

Dalam masa yang sama kita perlu juga sedar sebagai manusia kita tiada keupayaan untuk melawan coretan takdir.

Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, Kedah, Nurfatin Hanis Abdullah mengharungi jerih-perih untuk mengimbangi di antara tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan mencurah bakti kepada keluarga.


Foto: mStar

Walaupun begitu, rintangan yang menggunung tidak pernah melunturkan semangat Nurfatin untuk meneruskan hidup.


Malah Nurfatin juga pernah memperoleh tempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tetapi tidak diteruskan kerana keadaan keluarganya yang tidak mengizinkan.

Dalam satu perkongsian di media sosial oleh pemilik baharu Kedah FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar, pelajar berkenaan dikatakan mengambil tugas menghantar dan mengambil adiknya di sekolah dan dia adakalanya terpaksa ponteng kelas.

“Kadang-kadang Nurfatin tidak dapat hadir ke sekolah. Kenapa? Terpaksa hantar ayahnya buat fisioterapi. Apa-apa pun Nurfatin tetap cemerlang dalam pendidikan. Ibunya juga tidak sihat,” tulis Mohd Daud dalam hantarannya.

Foto: mStar

Nurfatin merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan bapanya lumpuh sebelah badan sejak awal tahun ini manakala ibunya menghidap depresi.

Mohd Daud juga menyifatkan keadaan rumahnya sebagai 'daif dan teruk' dengan banyak lubang di bahagian bumbung serta lantai.

Pengetua SMK Sik ketika dihubungi mStar berkata Nurfatin adalah seorang pelajar yang bijak membahagikan masa.

“Dia sedar dia ada tanggungjawab kepada keluarganya di rumah. Jadi dekat sekolah memang dia fokus dan tak main-main. Semua kerja sekolah dia selesaikan terus tanpa berlengah.


Foto: mStar

“Keadaan rumahnya sangatlah tak kondusif. Bilik tak ada. Memang satu keluarga akan duduk berkumpul dekat tengah rumah. Nak belajar pun tak ada privacy.

“Tidak dinafikan Nurfatin adalah seorang pelajar yang sangat pandai. Dalam batch dia ada 151 pelajar dan dia dapat tempat ke-3 dalam peperiksaan pertengahan tahun.

“Dengan kekangan yang dia ada tetapi masih mampu dapat pencapaian yang cemerlang. Sebab itu saya letak nama Nurfatin untuk diberikan penghormatan ini,” katanya bangga.

Foto: mStar

Difahamkan, pihak sekolah menyediakan makanan di kantin secara percuma untuk pelajar ini dan kosnya antara RM2.50 hingga RM4.80 setiap hari.

Sejak bapa Nurfatin diserang strok, dia tidak dapat melakukan kerja-kerja kampung seperti biasa untuk mencari rezeki dan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

Kini Nurfatin berpeluang mengubah nasib hidupnya apabila Kedah Darul Aman FC bersetuju membiayai kos pembelajarannya sebagai anak angkat mereka.

Mohd Daud ketika turun padang melawat rumah Nurfatin pada Ahad berkata air matanya mengalir membayangkan kecekalan pelajar itu.

"Kelopak mata saya terasa berat. Air mata halus mula menolak keluar. Saya datang ke sebuah rumah yang berlubang-lubang tapi berjumpa seorang hero hebat. Unsung hero.

“Fatin, kami dari pasukan bola sepak Kedah Darul Aman ingin mengambil Fatin sebagai anak angkat. Kami akan tanggung perbelanjaan Fatin sampai SPM,” kata Mohd Daud lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 6-10-2022 11:46 AM
Alhamdulillah. Terbaik, Tan Sri. Ini benar² Asnaf Daif.
Quote pyropura 6-10-2022 11:48 AM
Ni yg.ada setelah 60tahun Umno berkuasa. Idop molayu
Quote mrsamz 6-10-2022 11:59 AM
Malu aku dgn budak ni..sebab aku ada join grup tele makpak yg sibuk nak masukkan anak ke mrsm..mcm2 tips dikongsikan cara2 nak masuk mrsm sbp tu semua..
Adik ni rilek je takyah semua tu..dia sendiri memang terlebih layak..i hope life will treat u right sayang...semoga jadi anak yg solehah selamanya
Quote Skuau 6-10-2022 12:06 PM
pyropura replied at 6-10-2022 11:48 AM
Ni yg.ada setelah 60tahun Umno berkuasa. Idop molayu

DAP masuk jer(baru 22 bln) terui nk bg tanah kt bangsa dia...
Quote prizadane 6-10-2022 12:06 PM
rasa sebak baca story adik ni.
she's juggling and struggling... tapi masih boleh cemerlang dalam pelajaran.
semoga yang baik baik untuk adik ni and semoga berjaya dalam hidup
Quote rifaa 6-10-2022 12:08 PM
semoga adik ini jadi insan berjaya didunia & akhirat
Quote creep_bite 6-10-2022 12:08 PM
Semoga adik ni berjaya menjadi insan yg berjaya...pastikan pointer lebih 3.88 klu nk buat medic.
Quote mejaputih 6-10-2022 12:11 PM
Semoga adik ni berjaya dalam hidup...she's a fighter..kuat semangat...insyaAllah bakal jadi org terbaik masa hadapan...
Quote chandrahusin 6-10-2022 12:13 PM
Hebat adik ni
Semoga terus cemerlang
Quote virgo19 6-10-2022 12:19 PM
Anak yang sangat baik.. semoga fatin berjaya dan bahagia dunia akhirat.. terima kasih pasukan bola sepak Kedah kerana prihatin.
Quote dudaberhias 6-10-2022 12:25 PM
ya allah bagi lah adik ni berjaya dalam hidup... dengan dugaan yang dia hadapi tapi masih boleh cemerlang dalam pelajaran... boleh nampak kegigihan dia...

harap2 cikgu pun tak marah lah kalau dia tak hadir ke apa ke sekolah... semoga di permudahkan urusan keluarganya...
Quote lattehazelnut 6-10-2022 12:31 PM
Tabahnye kau dik.. semoga dipermudahkan urusan..
Quote matamata 6-10-2022 12:48 PM
Sangat2 layak untuk dibantu
Quote tripleid 6-10-2022 12:49 PM
Skuau replied at 6-10-2022 12:06 PM
DAP masuk jer(baru 22 bln) terui nk bg tanah kt bangsa dia...

Pekat betul bodoh barua sekor ni




Tanah 999 tahun untuk Melayu - Aziz Bari

Quote NazRysha 6-10-2022 12:50 PM
Tak tolong ke buat rumah elok untuk budak ni
Sedih baca
Quote Sazreena 6-10-2022 12:54 PM
Alang-alang tu tolonglah baiki sama rumah adik Fatin ni. Lagi afdol buatkan rumah baru. Takyah design cecanggih. Selesa seadanya. Dia ni ada potensi utk ubah masa depan diri dan family.
Quote ellejo 6-10-2022 01:42 PM
kalo gitu keadaan hidup dia ai yakin sampai spm je. sekolah ai dulu, kelas ai ada sorang pandai gila asik2 nombor satu sampai bebudak cina bengkek dgn dia tapi sheols miskin mak bapak sakit anak sulung mcm ni lah. dapat bantuan macam2 skolah tolong.

tapi hidup mmg kejam. kalau dia ke universiti, adik2 dia cemana mak ayah dia cemana? sekarang dia kerja kilang saja. mak ayah dia pun meninggal. sejak meninggal baru dia merasa hidup pegi karoke sana sini.
in alternate universe mungkin dia seorang doktor .

Quote namr 6-10-2022 01:51 PM
semoga dipermudahkan urusan adik ni. dulu masa sekolah ada kawan org mcm ni.dia tu dah la pandai cantik lak tu. tp masa form4 kena berenti sekolah n kerja tolong family.pastu kawin pun awal sgt2 dgn orang tua umur 40an kitorang yg rapat2 ngan dia sedih gila bila dia kena berenti sekolah.harap adik ni nasib dia tak macam kawan aku tu
Quote cmf_almondpecan 6-10-2022 01:57 PM
Semoga dipermudahkan urusan adik ni. Biarlah dia belajar setinggi yang boleh dan mengubah nasib keluarga.

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.113908 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top