CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tekak Rasa Bengkak Dan Koyak- Fieya Julia Tak Boleh Cakap, Berhenti Menyanyi

6-10-2022 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1051| Komen: 4

Fieya Julia meluahkan rasa sedih apabila dinasihatkan oleh doktor untuk berehat daripada aktiviti nyanyian sehinggalah keadaan tekaknya pulih seperti sedia kala.


Atas saranan pakar perubatan itu, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali, 22, berkata dia terpaksa berehat selama sebulan dan mengurangkan komunikasi dengan orang lain.

Foto: IG

"Doktor cakap saya sepatutnya tidak boleh menyanyi ketika roadshow baru-baru ini, kerana apabila menyanyi ia akan membuat tekak koyak dan tonsil semakin teruk," katanya pada mStar.

Berkongsi keadaan terkini, Fieya berkata keadaan kesihatannya semakin baik, namun masih sukar untuk bercakap dan perlu menarik nafas panjang apabila berbual.




"Sekarang ini dah tak rasa bengkak tapi macam koyak, jadi doktor sarankan untuk kurangkan menyanyi dan bercakap dalam tempoh sebulan.

"Tekak tidak boleh guna banyak, nak menyanyi biasa-biasa pun tak boleh nak kawal dah.

"Kali terakhir menyanyi masa dekat Limbang beberapa hari lalu. Itu pun nyanyi dengan low key tak macam lagu original," ujarnya.



Sebelum ini, Fieya berkongsi di Instastory miliknya memberitahu dia terpaksa berhenti menyanyi buat sementara waktu sekiranya ingin mendapatkan kembali suara asal.

"Sedihnya doktor cakap saya tidak boleh menyanyi selama satu bulan, doktor cakap kalau betul-betul nak sihat dan kembalikan suara macam dulu kena berhenti menyanyi buat sementara waktu," tulisnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 6-10-2022 11:30 AM
Siapakah gerangan beliau??
Quote doubleA 6-10-2022 01:55 PM
Whoareyusss

Bersara jela dik
Quote jijilaaa 6-10-2022 02:14 PM
nyanyi kat tiktok je la dik..
Quote rosedemon 6-10-2022 06:40 PM
xpela dek ko xyah menyanyi terus pon xpe. xda nilai komersial

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036190 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top