Dalam satu perkongsian di laman Twitter @confesstweetmy, seorang wanita meluahkan rasa geram dengan sikap suami sendiri meskipun mereka baru dua bulan diijabkabulkan.
Semuanya berpunca daripada sikap suaminya yang disifatkan amat pengotor. "Husband saya pengotor. Tuala basah campak atas tilam, kencing bersepah (terpercik) bertitis atas tempat duduk tandas dan kahak dekat sinki. Saya geli, faham tak?" tulisnya dalam satu mesej yang dikongsikan di laman berkenaan. Meskipun usia perkahwinan mereka masih boleh dikategorikan sebagai 'pasangan pengantin baru', namun wanita tersebut tidak segan meluahkan rasa sesal dengan keputusannya mengahwini lelaki berkenaan.
"Saya baru berkahwin dua bulan. Tapi sekarang saya rasa menyesal. Tak sangka dia pengotor. "Kadang tak bercakap pun dengan dia sebab marah sangat. Macam mana nak tegur habit macam tu? Tolong!" luahnya lagi. Pelbagai pandangan dan nasihat disarankan oleh netizen, dengan rata-ratanya meminta wanita berkenaan berterus terang mengenai isu tersebut dengan suaminya. "Baru dua bulan kahwin dah post masalah dekat sini. Communicate sajalah dengan dia elok-elok. Kalau buat diam manalah lelaki nak faham kenapa kita marah? Tegur sajalah. Masing-masing improve mana yang kurang. "Kunci rumah tangga bahagia adalah melalui komunikasi. Tak bercakap dengan dia bukan satu penyelesaian. Waktu mula-mula kahwin inilah nak cakap apa yang awak tak suka dan insyaAllah dia boleh dengar dan akan berubah. "Sebab itu kahwin biar dengan orang sekufu. Tanya dia punya lifestyle, tanya dia tentang tabiatnya, perhatikan mana red flags dan perlahan-lahan tegur dari mula. "Inilah namanya perkahwinan. Dah tinggal sebumbung, baru tahu perangai masing-masing. Nak tak nak, kena saling tegur salah masing-masing. Yang ditegur kena terimalah. Takkan nak berpisah, baru dua bulan kahwin. Semoga dipermudahkan sis," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
JunkMail replied at 6-10-2022 02:42 PM
Serius lah benda macam ni nak kena tegur? Aku tak boleh brain siakkkk...
Aku ingat ini ialah b ...
JunkMail replied at 6-10-2022 02:42 PM
Serius lah benda macam ni nak kena tegur? Aku tak boleh brain siakkkk...
Aku ingat ini ialah b ...
ADVERTISEMENT