CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nampak Kepala Mayat, Kain Kafan Terjuntai- Tanah Runtuh Dekat Kubur, Jenazah Hampir Hanyut

6-10-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2536| Komen: 17

BANDUNG: Perkhidmatan Perancang Ruang (Distaru) Kota Bandung, Jawa Barat melaporkan sebanyak 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh ketika hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga.


Agensi berita Antara melaporkan, Ketua UPT Tanah Perkuburan Wilayah 1 Distaru, Kota Bandung, Saeful Iman berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kubur terlibat untuk dimaklumkan kepada waris atau keluarga.




CNN Indonesia pula melaporkan, benteng penahan TPU terbabit runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.

Jelas Saeful, pihaknya juga sedang bertungkus-lumus bagi memastikan kejadian tanah runtuh itu menjadi semakin buruk dan menjejaskan kubur lain.


Katanya, daripada 25 kubur terbabit, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.


Foto:Ayocirebon.com

Sementara itu, Ketua Polis Sektor Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar pukul 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).

Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.

“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa. Dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 6-10-2022 11:05 AM
Omg seramnya dan kesian pulak kat jenazah tu
Quote supernaturalee 6-10-2022 11:07 AM
yg berdiri tepi2 tebing tu
kang runtuh xdan nak lari kot

Quote zarulnazmi 6-10-2022 11:56 AM
semoga tiada adaptasi sinetron dari kejadian tersebut
Quote makita 6-10-2022 12:12 PM
Dah jadi jenazah pon tak aman idop. Tanah runtuh lah pulak.
Quote tikusmontok 6-10-2022 12:43 PM
Hidup susah, mati susah ...trauma @Friska babu
Quote dudaberhias 6-10-2022 12:50 PM
arwah rajin bekerja orangnya kot... dah meninggal pun masih rajin nak berenang atau mengali lubang untuk sesi kambus mengambus stok2 innai derhaka atau kek keras kejung....
Quote rosedemon 6-10-2022 03:21 PM
dudaberhias: arwah rajin bekerja orangnya kot... dah meninggal pun masih rajin nak berenang atau mengali lubang untuk sesi kambus mengambus stok2 innai derhaka ata ...


Hahaha tersembur aku baca
Quote sharlenetexas 6-10-2022 03:22 PM
Tertunggu2 forumer buka thread ni.
Lambatnya reporter cari.
Quote sharlenetexas 6-10-2022 03:23 PM
Mayat2 masih baru ke?


Quote sangbara2020 6-10-2022 04:08 PM
kesiannya..
mcmtu la kita bila dh mati kan...
hrp2 kubur kita nanty terjaga dgn elok
Quote aienul 6-10-2022 09:35 PM
Kesiannya jenazah. Harap selesai cecepat
Quote namieamuro 6-10-2022 09:51 PM
kesiannye. mcmne la dorg nk settle kan tu ek. pindah sume row tu ke tmpt lain?
Quote pyropura 7-10-2022 12:09 AM
Ni baru betul mayat tak diterima bumi
Quote shernazz 7-10-2022 07:31 AM
Takajut depa
Quote pooh~key 7-10-2022 08:45 AM
sangbara2020 replied at 6-10-2022 04:08 PM
kesiannya..
mcmtu la kita bila dh mati kan...
hrp2 kubur kita nanty terjaga dgn elok

Lah terjaga dengan elok pun kau dapat apa dek? Urusan kau kat dunia ni dah tak ada apa2 dah dek. Kau punya kubur kena berak dek lumbu beramai-ramai pun tak bagi kesan apa2 dek.
Quote sangbara2020 7-10-2022 08:55 AM
pooh~key replied at 7-10-2022 08:45 AM
Lah terjaga dengan elok pun kau dapat apa dek? Urusan kau kat dunia ni dah tak ada apa2 dah dek. K ...

hakak, aku bru nak syahdu2...
ciss sungguh kena berak kat lembu
Quote s@s@ 7-10-2022 09:08 AM
jenazah tu baru kebumi ke?
elok lagi kain kapan dia

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.085785 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top