CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nasi Air Ringkas Namun Menyelerakan!

25-8-2015 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17853| Komen: 97

Oleh Adib Za

Nasi air, satu menu yang sangat terkenal di pantai timur. Menu ini sekali imbas persis dengan bubur nasi atau pun soto nasi impit.

Ya, sudah dapat bayangkan? Rasa kuahnya yang hangat memang membuatkan kita berasa lega. Lebih-lebih lagi bagi anda yang demam atau kurang sihat.

Adunan nasi, daging dan sup sudah cukup membuka selera bagi penggemar nasi air ini. Malah, ia kini mula 'menular' ke kawasan Lembah Klang apabila menjadi menu di restoran-restoran.

Memetik laporan Sinar Harian, nasi air menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah. Terdapat warung kecil di Kota Bharu Kelantan yang menjual nasi air dengan harga serendah RM2 semangkuk. 

Antara kelainan nasi air di situ ialah ianya ditambah dengan perut (lembu) dan juga telur separuh masak. Kecur air liur dibuatnya!

Bagi anda yang mencuba, bolehlah mengikuti resipi di bawah. (Kredit resipi: kongsiresipi.com)



Bahan-bahan nasi (utk 2-3 orang)
1 cawan beras
4 cawan air rebusan tulang/daging
3 hiris halia*
2 ulas bawang butih*
sebatang serai *
garam
(bahan bertanda * perlu diketuk)

Bahan-bahan sup
5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
kayu manis
buah pelaga
bunjut sup

Bahan-bahan aksesori
ikan bilis goreng
daging goreng (dipotong kiub kecil-kecil dan digoreng)
sayur kobis dihiris halus
daun sup
bawang goreng
sayur jeruk
lada sulah
daun sup

Cara penyediaan nasi
Rebus tulang dan daging sehingga empuk (air ini akan digunakan untuk menyediakan sup dan juga memasak nasi)
Basuh beras sehingga bersih.
Kemudian masukkan halia, bawang putih, serai yang telah diketuk/titik dan sedikit garam kedalam periuk yang berisi beras.
Masukkan air rebusan tulang & daging kedalam periuk yang berisi beras tadi. Anggaran nisbah air dan beras adalah air perlu sekali ganda lebih banyak daripada sukatan air utk memasak nasi biasa.Masak nasi seperti biasa. (Nasi perlu sedikit lembik drp biasa).

Cara penyediaan sup
Tumis kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. (Tips utk mendapatkan sup yg enak, saya memasukkan garam dan gula dalam tumisan bawang, goreng sehingga bawang bertukar warna perang gelap. Karamel drp gula hangus akan menjadikan sup lebih sedap).
Masukkan air rebusan tulang/daging kedalam periuk.
Masukkan bunjut sup.
Masukkan garam secukup rasa.


(Sumber foto: Sinar Harian)

           
(Sumber foto: Flikr)                                 



13

Bagus
26

Marah
19

Terkejut
24

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Parit.Hilton 24-8-2015 02:54 PM
nasi air?

bukan bubur nasi ke?
Quote mesmerize 24-8-2015 02:55 PM
hauknya copy paste..
Quote mesmerize 24-8-2015 02:56 PM
Parit.Hilton replied at 24-8-2015 02:54 PM
nasi air?

bukan bubur nasi ke?

kat kelantan diorang panggil nasi air sis.. ai penah makan masa skool kat sana dulu.. beli kat gerai luar pagar skolah je..sedap pulak tu
Quote linnytuckming2 24-8-2015 02:57 PM
nasi air; bubur nasi lain
Quote Kittie 24-8-2015 03:00 PM
Nasi air bukan bubur, mmg nasi campur kuah sup, daging tuh dicerai2 jadi kecik. Lepas tu letak bawang goreng, daun bawang, kacang goreng, ikan bilis, jeruk lada. Mmg fav kite.
Quote harkktuih 24-8-2015 03:01 PM
separuh dari posting artikel penuh coding iklan ke haper..hauk sis ghost ni..
Quote Lorra2411 24-8-2015 03:02 PM
kaka ghost, mohon edit balik post ni. tak hadam pulak ada coding kat atas tu.
Quote Kittie 24-8-2015 03:03 PM
Btw, sejak bila kaka hantu tak reti bukak benang nih? Bersepah jer.
Quote bellaa 24-8-2015 03:04 PM
Kittie replied at 24-8-2015 03:00 PM
Nasi air bukan bubur, mmg nasi campur kuah sup, daging tuh dicerai2 jadi kecik. Lepas tu letak bawan ...

hai kittie kittie pur pur..

ingat bella lagi x?
Quote Changa 24-8-2015 03:05 PM
Parit.Hilton replied at 24-8-2015 02:54 PM
nasi air?

bukan bubur nasi ke?

ummah serambi mekoh panggil nasi air sis.
bukan bubur nasi
Quote Kittie 24-8-2015 03:05 PM
bellaa replied at 24-8-2015 03:04 PM
hai kittie kittie pur pur..

ingat bella lagi x?

Mestila ingat.
Tapi bella dah bercerai ke dgn Neymar?
Quote bellaa 24-8-2015 03:05 PM
ada org lain pakai id kaka ghost eh..

tetiba coding bersepah sana sini since last week.
bella perhatikan je
Quote fifie_olin 24-8-2015 03:05 PM
wahhh mkn ujn2 ni mmg nikmat...
lg sedap utk tekak aku yg tgh batok ni
Quote Changa 24-8-2015 03:07 PM
adakah ini nasi air yang cikki suami nya kerja polis hutan di pengkalan chepa??
kakak ingat lagi kesedapan nasi air cikki itu, selalu beli belah petang2 lepas prep.
beli ikut pagar ke gitu?
or weols seludup ikut ke gimana tah.

yg pasti nya kakak itu duduk kat quarters polis hutan depan skolah akak
sedap uols nasi air sheols
Quote bellaa 24-8-2015 03:10 PM
Kittie replied at 24-8-2015 03:05 PM
Mestila ingat.  
Tapi bella dah bercerai ke dgn Neymar?

neymar injured.. pastu body makin tombam.

so nak berskandelicious nan t.o.p bigbang lak.
Quote GhostWalking 24-8-2015 03:10 PM
sori yarrrrr ok dah edit dah
Quote chinta89 24-8-2015 03:11 PM
kat klate mmg panggil nasi air. tak panggil bubur nasi.

iols pegi belah2 luar, panggil nasi air.. sekali kua sepinggan nasi dan kuah ala2 sup gtuh.

btw, copy paste sgtlah hauk!
Quote susukambingbest 24-8-2015 03:11 PM
mesmerize replied at 24-8-2015 02:56 PM
kat kelantan diorang panggil nasi air sis.. ai penah makan masa skool kat sana dulu.. beli kat ger ...

huishh beli kt kdai luar pgar skul emmmm... adkh kta brada di skul yg sama suatu ktika dlu
Quote Parit.Hilton 24-8-2015 03:12 PM
mesmerize replied at 24-8-2015 02:56 PM
kat kelantan diorang panggil nasi air sis.. ai penah makan masa skool kat sana dulu.. beli kat ger ...

tekstur tak sama ye nasi air dengan bubur nasi?

nasi air ni nasi dia macam nasi biasa yg kita mkn tu ke? cuma letak sup banjir ?

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.163451 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top