CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Nak Cerai Sebab Dapat Nafkah Sikit, Suami Bagi Alasan Banyak Hutang Sebab Isteri Bersalin Hospital Swasta

5-10-2022 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6309| Komen: 83

Perkongsian video TikTok oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Ustaz Anas (@anasjamaluddin85) membuka mata apabila seorang individu mengadu tentang isu tuntutan cerai yang terjadi akibat nilai nafkah yang diberikan kepada si isteri rendah.


Video tersebut menunjukkan lelaki tersebut datang kepada Ustaz Anas dalam keadaan kusut dan serabut serta tangannya juga berwarna kuning.

Apabila ditanya, individu tersebut menceritakan kejadian yang berlaku kepada dirinya yang menerima surat tuntutan cerai dari mahkamah ketika dia sedang menggaul ikan dengan kunyit untuk makan, namun hilang rasa lapar apabila menerima perkhabaran itu.


Gambar Hiasan


“Isteri saya menuntut cerai atas sebab nafkah yang diberikan kurang, tetapi ini semua disebabkan hawa nafsunya juga.

“Hutang saya makin bertimbun kerana isteri mahu melahirkan anak di hospital swasta sehingga saya terpaksa membuat pinjaman peribadi yang banyak,” jelasnya kepada Ustaz Anas.

Rata-rata komen netizen sangat bengang dengan tindakan si isteri yang membebani sang suami.

“Ukur baju di badan sendiri lebih baik hidup biasa daripada serabut dibelenggu hutang,” ujar Izanasir110.

“Allahuakhbar, sedihnya. Sebenarnya dalam rumahtangga tolak ansur sangat penting dan jangan tuntut sesuatu yang di luar kemampuan suami,” komen Fiza80fiza80.

“Saya pun bersederhana bersama suami dan tolong menolong dari segi kewangan… tenang rasa,” kata Iffa.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 5-10-2022 06:14 PM
Hutang itu satu yg membebankan hidup..hiduplah biasa2 aje .janji cash Dan duit dlm bank gedebak gedebuk
Quote jazaa100 5-10-2022 06:17 PM
Dorang ni, tak puashati sikit nk cerai....
Gaduh sikit, nak cerai.....

Tak pikir kesan masa panjang.....
Quote edayildiz 5-10-2022 06:30 PM
kwn i janda ank sorg..dia ckp kalau blh putar balik wktu dia xnk kawen
menyesal sgt katanya..huhu..
i pulak xkawen lg..xkoserr nk kawen..lngsg xterfikir nl kawen..umo dh kertu jgk ni..asal balik kg jer acik tnya bila nk kawen..tp parent pulakkk jnis ok..bak kata ayah i  adik xyah la kawen
Quote Kitty_catz 5-10-2022 06:34 PM
edayildiz replied at 5-10-2022 06:30 PM
kwn i janda ank sorg..dia ckp kalau blh putar balik wktu dia xnk kawen
menyesal sgt katanya..huhu. ...

ang riki2 la ipan.. heols cam gersanggg jeww

asik sibuk tanya pasai puting kuceng, puting lembu
Quote Kak-Rohana 5-10-2022 06:45 PM
Adartu, lesbo… nyah berloceng tersenyum sinis. Dah tahu tak ber budget ko paksa le binik ko bersalin kat gomen hospital. Telor ko mana dek? Sapo pakai skirt dlm rumah ko.. bini ke.. laki?
Quote tukul 5-10-2022 06:55 PM
Budak2 skrg issue beranak swasta pun nak salahkan bini eh....yg ikut kata bini tu knp...bodo la laki ni...
Zaman i beranak swasta 3 org dulu2 satu sen x mintak duit laki...menabung la dr bulan pertama...hendak dan x hendak ajo nya...
Quote ladybugz 5-10-2022 07:03 PM
tanggungjawab suami memenuhi keperluan anak n isteri. namun, sebagai isteri kena taat pada suami. kalau suami x mampu jgn paksa2 suami utk ikut kehendak nafsu kita semata2. beranak swasta x semestinya lebih baik. ade je pengalaman yg lagi teruk dari hospital kerajaan.
Quote Chah21 5-10-2022 07:06 PM
tukul: Budak2 skrg issue beranak swas ...

Knp x mintak u? Suami x nk bg duit ke
Quote naina 5-10-2022 07:11 PM
Suami tak mampu bertegas lah ckit hantar je g gomen. Gomen pun kalau jenis high demand pilih lah yang fasiliti cukup dan terbaru.
Kalau bini ada duit tanggunglah sendiri. Diam2 jelah. Bukan orang tau ko bayar pun kalau ko tak cerita.
Quote lattehazelnut 5-10-2022 07:30 PM
Lain kali tau isteri mengada or materialistic buat vasectomy..
Quote mayakaren 5-10-2022 07:34 PM
Terpengaruh tgk retis or influencers lah ni. Ukur baju di bdn sendiri. Bukannya.lama.sgt nak.beranak..tahan je lah.duduk.kat hospital.gomen..silalah tuntut harta sepencarian kat isteri wahai.cik suami
Quote Itzy 5-10-2022 09:14 PM
mayakaren: Terpengaruh tgk retis or influ ...

sebab boleh pilih doktor perempuan kot. Kakak aku pilih beranak swasta sebab boleh pilih doktor perempuan time bersalin.
Quote aechae 5-10-2022 09:22 PM
Iols xtau lh pmpuan2 diluar sna msa becinta mmg b’cinta saja2 pastu kawin xda pikir2 ke apa? Dh kawin beranak bru nk ungkit isu duit lah apa lah
Quote naina 5-10-2022 09:30 PM
Mesti sejenis peghak lepas bersalin tunjuk suasana hospital dan tag lokasi hospital swasta ni. Kah3.
Quote shernazz 5-10-2022 10:26 PM
Mohtep? Bersalin swasta ni mmg kena standby duit..kaching kachinggggg....hoho..
Amek.fpp kat putrajaya.lagi best....tp bilik sorang2 takdak sapa nak sembang.maaa...
Quote hareeeesah 5-10-2022 10:32 PM
Package for 2D/1N kalau normal delivery xde complication xdela sampai kena personal loan ko biar betul.. iols pilih private sebab doctor perempuan & selesa..
Quote orkid_amani 5-10-2022 11:57 PM
Itzy replied at 5-10-2022 09:14 PM
sebab boleh pilih doktor perempuan kot. Kakak aku pilih beranak swasta sebab boleh pilih doktor per ...

Beranak kat GH pun boleh pilih doc pmpuan..ada program FPP..boleh pilih doc pmpuan..cumanya ada depo..around 3k kot xsilap
Quote akies 6-10-2022 12:00 AM
Kalau nak bersalin dkt private hospital mmg la kena standby duit. Takde GL, lg la kena bayar deposit sebelum masuk labour room.

Bila tak mampu..cari je la jalan lain.
GH pun ok. Banyak tau nak guna duit selepas bersalin
Quote spankee_fili 6-10-2022 12:11 AM
edayildiz replied at 5-10-2022 06:30 PM
kwn i janda ank sorg..dia ckp kalau blh putar balik wktu dia xnk kawen
menyesal sgt katanya..huhu. ...

Nape dinyesalkan, ada jugak hasil anak tu
Kalau dia tak kahwin tak merasa jaga anak
Sayang ooo anak especially time tengah membesar manja2 bermommy2

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055196 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top