CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Beri Air Bercampur Asid Kepada 2 Pelanggan Kanak-Kanak, Apa Motif?

5-10-2022 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1416| Komen: 3

ISLAMABAD – Seorang pengurus kedai makan di Lahore, Pakistan ditahan polis selepas didakwa menghidangkan asid di dalam dua botol minuman kanak-kanak yang menghadiri sambutan hari lahir di premis berkenaan, lapor laman berita Wion News.


Kejadian tersebut berlaku di Restoran Poet yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mendapat kecederaan berbeza akibat diberikan botol berisi asid tersebut.

Pengadu, Muhammad Adil berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari lahir di restoran tersebut dan dua anak saudaranya, Ahmad dan Wajihan dihidangkan dengan minuman di dalam botol.


Restoran poet

“Ahmad memegang botol berisi asid itu sebelum dia mengalami kesan melecur pada tangan dan lengan selepas cuba membasuhnya menggunakan cecair tersebut.

“Wajiha pula yang sempat meneguk air dalam botol itu mula muntah tanpa henti sebelum kedua-duanya dikejarkan ke hospital dan Wajiha disahkan kritikal pada waktu itu oleh doktor,” jelasnya.

Sejajar dengan seksyen 336B Kanun Keseksaan Pakistan (hukuman kerana bahaya oleh bahan kimia menghakis), polis telah memfailkan aduan terhadap pengurusan restoran dan lima kakitangan lain.

Pegawai polis, Tahir Waqas berkata, restoran tersebut diarahkan tutup sehingga polis selesai melakukan siasatan.

“Ini adalah insiden yang aneh kerana motif yang tidak jelas dan kami sedang melakukan siasatan dari setiap sudut,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 6-10-2022 08:39 AM
Gila ke mental...mcm nak membunuh..
Quote salimrock 6-10-2022 08:43 AM
kasihan wajiha, semoga beliau cepat  sembuh, dan kembali normal
Quote zarulnazmi 6-10-2022 09:47 AM
dah kenapa sampai hidang asid?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.030023 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top