Beberapa pegawai lantikan politik di kementerian bertindak mengosongkan bilik masing-masing bermula hari ini (Rabu), sekaligus menguatkan spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hampir.
Terdahulu, khabar mengenai pembubaran Parlimen yang akan dibuat dalam masa terdekat, bertiup kencang. Memetik laporan Sinar Harian, pegawai kepada seorang menteri memaklumkan setakat ini beliau tidak menerima arahan untuk mengosongkan pejabat. "Kita faham-faham sendiri. Esok (Khamis) saya kemas, insya-Allah," katanya.
Sementara itu, seorang pegawai menteri lain turut berkongsi di media sosial mengenai beberapa keping gambar pejabatnya yang dikosongkan hari ini. "Kemas dulu. Kami sukarela (kosongkan pejabat)," katanya. Pengosongan pejabat lantikan politik merupakan perkara biasa menjelang pilihan raya ataupun peralihan kerajaan. Sebelum ini pembangkang menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat.-CARI Sumber: mStar online
|
Kitty_catz replied at 5-10-2022 06:11 PM
tahi (dilemparrr)
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2022 06:15 PM
Ketahian apakah ini? {:mlwa ...
Kitty_catz replied at 5-10-2022 06:26 PM
bistu takkan yassin (dibaca) pulekkkk
Acikgomen replied at 5-10-2022 07:13 PM
Abis iblis kat ofis aku nih buat kering je takde cari kotak pun
Acikgomen replied at 5-10-2022 07:13 PM
Abis iblis kat ofis aku nih buat kering je takde cari kotak pun
Acikgomen replied at 5-10-2022 07:13 PM
Abis iblis kat ofis aku nih buat kering je takde cari kotak pun
Acikgomen replied at 5-10-2022 07:13 PM
Abis iblis kat ofis aku nih buat kering je takde cari kotak pun
ADVERTISEMENT